Bukan senang jadi wanita, selain mempunyai akhlak yang baik, kecantikan juga perlu dijaga dari hujung rambut hingga hujung kaki. Wanita yang hebat bukan sahaja cantik malah mementingkan kebersihan diri.
Tips Mudah Penjagaan Kecantikan Kuku Anda Credit Pic : SUMBER |
Kuku antara bahagian tubuh yang perlu diberi perhatian. Wanita perlu pastikan kuku bersih dan cantik. Amalkan 8 tips ini secara konsisten, hasilnya akan membuatkan kuku anda sihat dan menawan.
Tips Mudah Penjagaan Kecantikan Kuku Anda
1. Potong Kuku Dengan Cara Yang Betul
Sebaik-baiknya, anda digalakkan memotong kuku selepas mandi pada waktu pagi. Ketika ini kuku anda lembut dan mudah dipotong. Jangan potong kuku terlalu pendek kerana ia boleh mencederakan kulit. Potong lurus kuku bagi mengelakkan pertumbuhan kuku ke dalam dan mencengkam kulit anda.
Selepas proses memotong, anda disarankan untuk membersihkan tangan dan merendam jari di dalam air suam yang dicampurkan dengan pati lemon dan beberapa titis minyak zaitun. Bukan sahaja kuku bersih malah kulit tangan menjadi lembap dan berbau harum.
2. Buang Kutikel
Selepas merendam kuku, sapukan krim kutikel untuk melembutkan sel kulit mati. Ketika anda membuang kutikel, pastikan ia berada pada kedudukan 45 darjah dan lakukannya dengan lembut. Gunakan gunting khas untuk tujuan ini.
3. Urutan Lancarkan Aliran Darah
Usai langkah tersebut, lakukan urutan pada tangan anda terutamanya di bahagian jari. Urutan akan membantu melancarkan perjalanan darah selain memberi ketenangan serta keselesaan kepada anda. Gunakan minyak zaitun, argan atau essential oil.
4. Sapu Losen
Satu losen pada seluruh tubuh sebelum tidur malam, jadikan rutin harian anda. Penggunaan losen secara konsisten akan membantu mengatasi kulit kering dan mengurangkan masalah kuku patah atau rapuh. Selain losen, anda juga boleh gunakan minyak zaitun yang kaya dengan Vitamin.
5. Tukar Stokin Setiap Hari
Bagi anda yang memakai stokin, pilih material daripada gentian kapas yang dapat menyerap peluh dengan baik. Tukar stokin setiap hari bagi mengelakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan bau kaki. Jangan memakai stokin atau sarung kaki yang lembab kerana ia menyebabkan bau kurang enak dan kaki dijangkiti kuman.
6. Jaga Kebersihan Kasut
Kebersihan kasut juga perlu dijaga, sebaik-baiknya jangan memakai kasut yang sama setiap hari terutamanya jenis tertutup. Memakai kasut bertutup seharian menyebabkan kaki haba peluh terperangkap. Malah kelembapan terperangkap akan mengundang masalah kaki berbau kerana jangkitan kuman. Bersihkan kasut sekerap mungkin untuk mengelakkan bau busuk.
7. Pakai Sarung Tangan
Gunakan sarung tangan ketika melakukan kerja rumah terutama membabitkan aktiviti berkebun dan mencuci pinggan. Penggunaan sarung tangan bukan sahaja memelihara kelembutan kulit malah ia juga melindungi kuku daripada kekotoran dan bahan kimia yang terkandung dalam bahan pencuci.
8. Suplemen
Untuk mendapatkan kuku yang sihat dan cantik, penjagaan dalaman juga diperlukan. Anda disarankan mengambil suplemen khas iaitu 300 mikrogram vitamin B Biotin setiap hari. Selain itu, amalkan pemakanan yang sihat, diet seimbang akan membekalkan nutrien yang diperlukan tubuh. Misalnya,segelas susu dan dua biji telur separuh masak dapat membantu mencantikkan dan menyihatkan kuku anda.
Baca juga : Cara Terbaik Menangani Orang Yang Biadap Dengan Anda
Post a Comment