Ramai di antara kita yang menyatakan bahawa hidupnya tidak bahagia, bahkan kekadang yang berkata sedemikian secara umumnya dia sudah memiliki lebih dari cukup dalam kehidupannya tapi apakah yang menyebabkan dia tetap tidak bahagia dalam hidupnya ? 

Kebahagian Akan Dikecapi Jika Kita Mensyukuri Apa Yang Telah Kita Miliki
Kebahagian Akan Dikecapi Jika Kita Mensyukuri Apa Yang Telah Kita Miliki
Credit Pic : SUMBER


Bersyukurlah kerana kekadang orang seperti ini telah Allah kurniakan banyak kesenangan dalam hidupnya tapi sayangnya hati yang dia miliki kurang bersyukur sehingga kesenangan apa pun yang dia miliki tidak benar-benar menjadikannya bahagia.

Kebahagian Akan Dikecapi Jika Kita Mensyukuri Apa Yang Telah Kita Miliki


Padahal bahagia itu sebenarnya sederhana dan mudah iaitu dengan menikmati apa yang sudah dimiliki, menikmati apa yang sudah Allah tuliskan tanpa mempersoalkan takdir dan perancangan Allah. Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Ikhlaskan hati pada setiap apa yang Allah tetapkan kerana segala perancangan Allah sudah sesuai dengan keperluan hidup kita.

Bahagia itu mudah jika anda tidak selalu memikirkan apa yang masih belum anda miliki kerana jika anda selalu berfikir sedemikian pasti anda akan selalu rasa kurang dan mengeluh dengan apa yang belum anda miliki.

Oleh itu, jangan biasakan diri anda memikirkan apa yang belum anda dapatkan tapi fokuslah dengan mensyukuri apa yang telah anda dapat. Semua orang sudah Allah aturkan kebahagiaan masing-masing, bergantung bagaimana kita menghargai rasa syukur, ikhlas dan sabar. Semua itu adalah kunci yang akan membuatkan kita bahagia dalam menjalani kehidupan ini.

Terimalah dengan baik apa yang telah Allah takdirkan, terimalah dengan baik apa yang telah Allah berikan kepada kita tanpa membanding-bandingkan dengan apa yang orang lain miliki. Sampai bila-bila pon memang tidak akan sama sebabnya keperluan setiap dari kita pun berbeza. 

Jadi, selalulah bersyukur dan janganlah mengeluh dalam hidup kita agar hati kita selalu dapat mencapai kebahagian dan ketenangan. Apapun yang kita miliki, jika kita tidak bersyukur dengan apa yang kita ada, kita tidak akan pernah merasa cukup dengan apa yang kita ada.


SUMBER


Baca juga : Apakah Hukum Menghisap Vape Dan Rokok Elektronik ?


Post a Comment

Previous Post Next Post