Ramai yang tertanya, takdir jodoh menurut Islam adalah pilihan atau bukan. Jawapannya, jodoh merupakan salah satu rahsia Allah yang sering dipertanyakan dan dipersoalkan oleh manusia.
Adakah Soal Jodoh Lebih Elok Dipilih Atau memilih? Credit Pic : SUMBER |
Banyak persepsi yang digambarkan apabila bercakap tentang jodoh. Ia sememangnya takdir yang telah ditetapkan Allah dan tidak mampu untuk ditukar oleh sesiapa.
Adakah Soal Jodoh Lebih Elok Dipilih Atau memilih?
Namun, segelintir individu kini merasakan bahawa mereka inginkan jodoh sempurna buat diri mereka dan menolak tepi beberapa perkara penting yang turut perlu dititikberatkan dalam proses mencari pasangan hidup
Jodoh : Dipilih atau Memilih?
Satu hal yang sering dilupakan oleh wanita adalah kemuliaan wanita tidak bergantung pada lelaki yang mendampinginya. Kenapa? Allah meletakkan nama dua wanita mulia dalam Al-Quran, Maryam dan Asiyah.
Kita tahu, Maryam adalah wanita suci yang tidak memiliki suami, dan Asiyah adalah isteri dari manusia yang sangat kejam, Firaun. Apakah pangkat itu mengurangi kemuliaan mereka? Tidak.
Bicara jodoh adalah bicara tentang hal yang jauh dan akhirat, syurga, redha Allah, bukan semata-mata dunia. Jodoh itu sudah tertulis. Tak akan tertukar. Yang kemudian menjadi ujian bagi kita adalah bagaimana cara menjemputnya. Beza cara, beza rasa. Dan tentu saja, beza keberkatannya.
Dalam hal rezeki, urusan kita adalah bekerja. Soal Allah mahu meletakkan rezeki itu dimana, itu kerja Allah. Dan jodoh, urusan kita adalah ikhtiar. Allah mahu mempertemukan di mana dan bila, itu kerja Allah.
Cara Allah memberi jodoh bergantung cara kita menjemputnya. Satu hal yang Allah janjikan, bahawa yang baik untuk yang baik. So, jadilah yang terbaik !!
Bukan setakat itu sahaja, pastikan anda mengambil berat tentang empat perkara ini: Allah, agama, keluarga dan kawan-kawan pasangan yang bakal dipilih.
Dalam urusan jodoh, ta'aruf adalah proses seumur hidup. Dan yang penting, jangan expect berlebihan dan jangan merasa sudah sangat mengenal sehingga berhak menafsirkan tentang pasangan.
Salah satu cara terbaik mengenali calon pasangan yang baik adalah melihat caranya dengan empat pihak; iaitu Allah, agama, keluarga, dan kawan-kawannya.
"Jodoh bukan hanya mencari dan menunggu, tetapi ketika memang sudah waktunya, dengan apa jua cara sekalipun, dua insan itu akan dipertemukan..."
Antara nasihat saya untuk kalian :
Buat kaum Adam, jika anda mahu mencari Hawa, lihatlah dahulu perkara-perkara ini. Jika lengkap pada dirinya, maka itulah jodoh yang sesuai buat dirimu.1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata, kerana Hawa hari ini tidak lagi seperti dahulu. Lihatlah pada pergerakan tangannya. Andai mudah tangan lembutnya menyentuh pada anggota lelaki lain tanpa berlapik, fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya.
2. Jangan hanya dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada alis bibirnya. Andai kata-katanya yang berbisa atau kuat pada suaranya, fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah (menabur buruk) kepada suami.
3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan, fikirlah semasaknya andai ingin terus menyuntingnya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih liar melihat segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.
Buat haum Hawa pula, jika anda mahu menerima kaum Adam, lihat juga perkara-perkara yang disenaraikan ini. Jika cukup, maka fikirlah dengan sebaik-baiknyanya jika anda ingin bersama mereka.
1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata. Lihatlah pada aktiviti malamnya, andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima, kerna maksiat lebih mudah jika malam sudah tiba. Khuatir, subuhnya leka dibuai mimpi nan indah.
2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah di padang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerna aurat suami hanya selayaknya untuk isteri.
3. Jangan dilihat pada tampan semata, lihatlah pada mulutnya tika berbicara. Andai mudah menghambur carutan dan kemarahan, fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya, risau hanya kerana kesalahan kecil, isteri akan dimarah kasar.
Semakin hebat amal dan pendekatan seseorang kepada Allah, semakin Allah sayang. Bila Allah semakin sayang, pastinya Allah nak serahkan diri kita pada jodoh yang paling terbaik. Yang akan menyayangi dan menghargai kita sepenuh hati kelak.
SUMBER
Baca Juga : Maksud Sebenar Kecomelan Wanita Di Mata Lelaki
Post a Comment