Wanita akan mula mengalami haid pada usia purata awal adalah 12 tahun. Tetapi biasanya anatara usia 8 hingga 15 tahun. Tempoh kitaran haid biasnaya berbeza. Ada kitaran pendek dan kitaran yang lebih panjang tempohnya. 


Hukum Berkenaan Melewatkan Mandi Wajib Kerana Menunggu Darah Haid Habis Keluar
Hukum Berkenaan Melewatkan Mandi Wajib Kerana Menunggu Darah Haid Habis Keluar
Credit Pic : SUMBER 


Semasa kedatangan haid, seseorang perempuan itu akan kehilangan darah. Proses haid akan membuang keluar darah, mukus atau sel-sel yang sudah mati.


Hukum Berkenaan Melewatkan Mandi Wajib Kerana Menunggu Darah Haid Habis Keluar


Soalan : 

Apakah hukum sekiranya seseorang wanita melambatkan mandi wajib dengan niat ingin menunggu lagi jika ada darah haid yang masih tertinggal seperti darah di hujung yang warnanya coklat kerana kekadang darah berhenti sekejap selama satu atau dua hari dan akan bersambung pada hari berikutnya.


Jawapan : 

Dalam kes ini, wanita tersebut perlu terlebih dahulu memeriksa keadaan dirinya. Sekiranya darah masih tidak keluar apabila dia memasukkan kapas atau seumpamanya ke dalam alat sulitnya (bahagian faraj yang tidak wajib dicuci ketika istinja' dan hanya kelihatan ketika mencangkung) lalu didapati pada kapas tersebut masih ada kesan darah termasuklah warna coklat, maka dia masih berada dalam keadaan fatrah haid, yakni tempoh haid. Ini berdalilkan riwayat Aisyah dalam sahih al-Bukhari dan al-Muwatta yang bermaksud :


Dahulu, para wanita datang menemui Aisyah dan menunjukkan kain yang berisi kapas (yang dimasukkan ke dalam faraj) yang padanya ada kesan kekuningan (kesan darah haid) lalu Aisyah berkata kepada mereka,'' Janganlah kamu tergesa-gesa (untuk mandi wajib dan bersolat) sehinggalah kamu melihat warna cecair putih pada kapas yang menunjukkan kamu suci daripada darah haid,'' (Rujuk al-Majmu' [2/389] oleh Imam al-Nawawi)

Namun sekiranya dia tidak mendapati warna darah, termasuklah warna kekeruhan atau warna kekuningan, maka dia sebenarnya dalam keadaan naqo' yang beerti bersih daripada darah haid. Keadaan naqo' boleh jadi keadaan haid ataupun  keadaan suci.

Pada asalnya apabila berlaku naqo' maka dia secara zahirnya sudah dianggap berhenti darah haid dan diwajibkan untuk mandi dengan segera dan hendaklah melakukan kewajipan apabila sudah suci seperti solat dan berpuasa.

Namun, sekiranya seseorang wanita itu memiliki adat muwa'adah al-dam (yakni darah haidnya keluar kemudian behenti kemudian datang kembali tetapi cukup sehari semalam). Maka di sisi mazhab ada dua pendapat ulama : 

- Pertama. Wanita itu mengambil hukum suci. Justeru dia mandi wajib dan melakukan kewajipan ketika bersuci seperti solat dna puasa. Ini merupakan pendapat Imam al-Nawawi dalam al-Majmu'.

- Kedua. Wanita itu mengambil hukum haid secara zahirnya masih berhaid kerana mngikut adatnya, Justeru tidak perlu mandi wajib lagi sewaktu berlakunya intiqita' (putus) atau naqo' itu. Ini menurut pendapat yang disahihkan oleh Imam al-Rafie, Imam al-Nawawi dalam Raudhah al-Talibin dan dianggap tepat oleh Imam Ibn hajar al-Haitami. (Rujuk Tuhfah al-Muhtaj [1/400] , Asna' al-Matalib [1/112].

Contoh bagi pendapat kedua ialah Siti mempunyai adat berhaid 7 hari dalam keadaan pada hari keempat akan berlaku naqo' selama sehari dan sambung keluar darah kembali sehingga hari ketujuh. Justeru, apabila berlaku naqo' pad ahari keempat, Siti tidak perlu mandi wajib kerana dia masih dianggap haid. 

Namun begitu, sekiranya Siti masih menunggu daripada hari keempat sehingga hari ketujuh tetapi darah tidak kembali keluar juga, maka Siti diwajibkan untuk mandi dan mengqha'kan solat-solat yang ditinggalkan pada hati keempat sehingga hari ketujuh kerana berkemungkinan haidnya sudah habis .

Jawapan di atas tidak merujuk kepada kes wanita mustahadah, mubtada'ah (yang baru mengalami haid bulan pertama), kes haid yang mutaqatti' (terputus-putus) kerana beranggapan bahawa penanya ialah wanita yang beradat dan keluar darah seperti kebiasaan.


SUMBER

Baca Juga : Apakah Hukum Memakai Pelapik Kasut Kulit Babi

Post a Comment

Previous Post Next Post