Nabi menceritakan : Dahulu ada seorang lelaki yang telah membunuh seramai 99 orang. Kemudian dia bertanyakan tentang orang paling alim. Lalu dia ditunjukkan kepada seseorang rahib (orang yang kuat beribadah). Dia mengadu bahawa dia telah membunuh seramai 99 orang, maka ada kah taubat untuknya. Rahib itu menjawab : Tidak!! Lantas lelaki itu membunuh si rahib, maka lengkaplah 100 orang.

Kisah Taubat Lelaki Yang Membunuh 100 Orang
Kisah Taubat Lelaki Yang Membunuh 100 Orang
Credit Pic : SUMBER


Kemudian sekali lagi lelaki itu bertanyakan tentang orang yang paling alim. Lalu dia tunjukkan kepada seorang alim.

Kisah Taubat Lelaki Yang Membunuh 100 Orang 


Sesungguhnya aku telah membunuh 100 orang. Adakah ada taubat untukku? '
Orang alim menjawab : Ya. Siapalah yang boleh menghalang antara kamu dengan taubat? Pergi ke daerah sekian-sekian. Di sana orangnya beribadah kepada Allah. Maka beribadahlah bersama mereka. Jangan kamu pulang ke negeri kamu lagi kerana itu negeri yang teruk.

Maka lelaki tersebut bertolak. Bagaimanapun di pertengahan perjalanan dia meninggal dunia. Lalu malaikat rahmat dan malaikat azab saling merebutkannya.

Malaikat rahmat bertegas : Sesungguhnya dia pergi dalam keadaan bertaubat dan mengadap Allah sepenuh hatinya.

Malaikat azab pula menolak : 'sesungguhnya dia belum berbuat sebarang kebaikan pun'.

Lalu satu lagi malaikat dalam rupa manusia masuk campur. Dia berkata :' Sila ukur antara dua tempat. Mana satu yang lebih dekat, maka si mati ini menjadi haknya. '

Mereka pun mengukur. Didapati mayatnya lebih dekat dengan tempat yang ingin dituju. Maka malaikat rahmat pun mengambilnya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Lima Asas Perubahan


1. Azam yang kuat
Biarpun berkali-kali terlanjur, menyesal kemudian terlanjur lagi, si pembunuh tetap nekad untuk berubah. Bukan senang untuk meninggalkan suatu yang sudah biasa.

2. Usaha yang Bersungguh-sungguh
Si pembunuh berusaha bertanya dan mencari orang yang boleh membantunya. Kemudian dia berusaha berpindah dari tempatnya.

3. Guru yang membimbing
Si pembunuh bertemu dengan seorang alim yang memberinya harapan dan panduan untuk berubah.

4. Teman-teman yang mendorong
Si alim menyuruh si pembunuh supaya tinggal bersama masyarakat yang baik di suatu tempat.

5. Persekitaran yang baik
Si alim melarang si pembunuh daripada kembali ke tempat asalnya yang teruk.


Baca Juga : Hukum Berkenaan Pengambilan Pil Minda Untuk Anak-Anak

Post a Comment

Previous Post Next Post