'Darah Manis' merupakan sebuah kiasan bahasa yang begitu sinonim dengan masyarakat Melayu, lebih-lebih lagi pasangan yang sedang berada dalam fasa ikatan pertunangan.

Tapi apa sebenarnya maksud istilah ini? Darah Manis bermaksud 'mudah mendapat bahaya atau kecederaan'.

Perkara Yang Perlu Dielakkan Semasa Tempoh Bertunang
Perkara Yang Perlu Dielakkan Semasa Tempoh Bertunang
Credit Pic : SUMBER


Orang yang sedang dalam tempoh bertunang dikatakan berdarah manis dan sentiasa perlu berhati-hati apabila melakukan sesuatu kerja.

Perkara Yang Perlu Dielakkan Semasa Tempoh Bertunang


Ia adalah satu perumpamaan yang digunakan untuk memberi amaran supaya tidak melakukan perkara-perkara yang berisiko dan berbahaya pada diri sendiri.

Sepanjang tempoh berdarah manis juga, ada beberapa pantang larang yang perlu diikuti oleh bakal pengantin. Jom kita lihat pantang larang di bawah : 

Pantang larang bukan perkara syirik. Ia hanyalah kepercayaan tradisi orang-orang terdahulu yang dipengaruhi oleh budaya dan sering dijadikan amalan.


1. Jangan keluar dengan pasangan sebelum bernikah

Pasangan dinasihatkan supaya tidak keluar bersama 40 hari sebelum tarikh diijabkabul bagi mengelakkan fitnah dan "cakap belakang" masyarakat. Juga lebih penting bertujuan untuk menjaga nafsu masing-masing.

Inilah masanya untuk terbitkan rasa rindu setelah sekian lama tidak berjumpa. Dan apabila harinya telah tiba, pasti akan tercetus rasa teruja bagi pasangan apabila bertemu kembali.


2. Elakkan minum soya dan makan timun


Dipercayai bahawa soya tidak elok untuk alat kelamin, manakala timun pula tidak elok untuk pemprosesan anak. Jadi cuba elakkan pengambilan timun dan minuman soya menjelang hari bahagia.


3. Jangan makan kepala ayam

Kenapa bakal pengantin dinasihatkan agar tak memakan kepala ayam ? Orang-orang tua dahulu percaya kepala ayam boleh buat mengantuk kalau makan. Mereka juga percaya kalau pasangan pengantin makan kepala ayam, mereka akan mudah mengantuk ketika bersanding nanti.


4. Kurangkan makan makanan laut

Walaupun kita tahu yang makanan laut memang sedap, dimasak pula secara kukus, panggang, goreng, dan lain-lain, namun makanan ini mengandungi kadar toksin yang agak tinggi.

Oleh itu, lebih elok buat pasangan yang akan berkahwin untuk elakkan pengambilan makanan laut yang berlebihan untuk terus kekal sihat dan cergas.


5. Elakkan makanan dan minuman yang sejuk

Makanan dan minuman yang sejuk perlu dielakkan agar muka nampak segar di hari bahagia nanti. Tak pasti samada betuk ke x.

Makanan atau minuman seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu, dan air kelapa adalah bersifat sejuk. Jadi, elakkan ya.


6. Jangan pakai seluar dalam ketat


Ehem, yang ini ditujukan khas kepada kaum Adam ya !! Memang sejak dari dulu lagi pun, lelaki memang tak digalakkan untuk memakai seluar dalam ketat kerana tidak bagus untuk penghasilan sperma.

Selain itu, tidur meniarap pun tak elok juga. Sebabnya juga adalah peredaran darah sekitar organ akan terganggu. Jadi, elakkan ya !! 


7. Amalkan pengambilan jamu

Siapa yang tak nak cantikkan pada hari perkahwinan sendiri, kan? Jadi kenalah amalkan pengambilan jamu agar kesihatan dan kecantikan terjaga rapi.

Bukan setakat luaran, kesihatan dalaman pun penting juga. Barulah boleh menambah kehangatan di malam pertama nanti.


8. Jangan mandi malam

Mandi malam sememangnya tidak berapa elok untuk sendi dan organ dalaman. Malah, doktor juga menasihatkan supaya tidak mandi pada waktu malam, lebih-lebih lagi pukul 10 dan ke atas.

Jadi, bagi pasangan yang bakal berkahwin tidak lama lagi, pastikan diri anda sentiasa sihat dan jauh daripada sebarang penyakit.


9. Jangan berembun dan keluar malam

Hal ini bagi mengelakkan perkara tidak elok berlaku pada bakal pengantin, lebih-lebih lagi pada waktu malam. Sentiasalah menjaga diri dan berwaspada sepanjang masa.

Kalau perlu keluar juga, mintalah mana-mana ahli keluarga untuk menemani bagi mengelak perkara yang tidak diingini daripada berlaku.


SUMBER

Baca Juga : Dugaan Besar Yang Sering Berlaku Semasa Bertunang

Post a Comment

Previous Post Next Post