Tahniah jika anda baru menyambut kehadiran cahaya mata yang dinanti-nantikan dalam keluarga. Kehadiran si comel pasti menceriakan lagi hubungan suami isteri yang sentiasa diwarnai dengan keletah-keletahnya yang manja dan mencuit hati.
Cara Mudah Untuk Dapatkan Waktu Tidur Lebih Lama Untuk Pasangan Yang Mempunyai Bayi Credit Pic : SUMBER |
Tetapi, harus diakui bahawa masa tidur si ibu dan bapa pasti tidak lagi teratur seperti sebelum ini. Jadi, apakah cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah tidur ini?
Cara Mudah Untuk Dapatkan Waktu Tidur Lebih Lama Untuk Pasangan Yang Mempunyai Bayi
Ketahui empat kaedah yang harus dicuba untuk mendapatkan waktu tidur lebih lama :
1. Jangan Berjauhan Dengan Bayi
Bagi tempoh enam bulan pertama usia bayi, anda dinasihatkan agar menyediakan ruang tidur bayi di dalam bilik anda.
Gunakan katil bayi yang ada jaring dan diletakkan bersebelahan katil anda supaya si manja dapat melihat anda. Ini akan memudahkan anda untuk menyusukan bayi tanpa perlu meninggalkan tempat tidur.
2. Rutin Tidur Lebih Awal
Tidak cukup tidur boleh membuatkan seseorang itu terganggu dan mudah marah.
Perkenalkan rutin masa tidur terhadap bayi anda di awal peringkat usianya untuk membantu si manja membezakan antara siang dan malam.
Gunakan tirai yang boleh menggelapkan bilik tidur bayi dan pada masa sama pastikan cahaya di dalam kediaman sentiasa malap.
3. Kudap-Kudapan Tengah Malam
Ibu yang makan kudap-kudapan apabila terjaga pada tengah malam dapat membantu si ibu tidur dengan lebih berkesan.
Ambil makanan yang mengandungi serotonin, trytophan dan melatonin seperti pisang, almond dan buah ceri untuk mendapatkan pengalaman tidur yang lebih relaks.
4. Manjakan Diri
Selepas bergelar ibu bapa, tiada lagi masa tidur yang mencukupi untuk anda selagi si manja masih kecil.
Apa yang anda boleh lakukan adalah menumpukan perhatian terhadap penjagaan diri, mengamalkan rutin tidur yang santai seperti mandi air panas, mendengar muzik yang menenangkan dan membaca buku.
SUMBER
Baca Juga : Benarkah Minuman Kopi Punca Sukar Untuk Tidur Malam ?
Post a Comment