Kadang-kadang penampilan luaran seseorang tidak menunjukkan keadaan sebenar kesihatan mental mereka.
Cara Senaman Mudah Bagi Mengurangkan Tekanan Kemurungan Credit Pic : SUMBER |
Kesihatan mental meliputi kesejahteraan emosi, psikologi dan sosial kerana ia mempengaruhi cara kita berfikir, rasa dan bertindak.
Cara Senaman Mudah Bagi Mengurangkan Tekanan Kemurungan
Bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan mental, terdapat lima senaman dan latihan yang boleh diamalkan bagi membantu mereka mengatasi masalah kemurungan dan kerunsingan.
1. Yakinkan Diri
Cuba meyakinkan diri sendiri dengan berfikiran positif setiap hari dan melihat diri anda sebagai kanak-kanak. Ini kerana secara lumrahnya manusia sukar bersikap negatif terhadap kanak-kanak.
Anda akan menjadi begitu melindungi versi kanak-kanak diri anda sendiri dan situasi ini akan membuatkan anda lebih menyayangi diri sendiri. Amalkan perbuatan menulis kebaikan yang berlaku kepada anda setiap hari.
2. Rekod Kebaikan
Ambil sebuah buku dan catat mengenai satu perkara baik yang berlaku pada hari tersebut.
Ia boleh menjadi sesuatu yang mudah seperti menikmati secawan teh ketika cuaca baik atau menonton wayang yang dinanti-natikan.
Aktiviti ini akan membuatkan anda lebih bersyukur dengan perkara yang berlaku dalam kehidupan. Lagu boleh membuatkan seseorang berasa tenang.
3. Dengar Lagu
Fikirkan tentang lagu yang membuatkan anda gembira dan tenang. Bawa fon telinga sentiasa bersama anda dan pasang lagu tersebut setiap kali anda berasa tidak tenteram dan berdepan dengan masalah.
4. Bernafas Dengan Betul
Bernafas sedalam-dalamnya dapat meningkatkan bekalan oksigen ke otak dan menggalakkan sistem saraf parasimpatetik untuk membuatkan anda rasa lebih tenang.
Pastikan juga anda duduk dengan selesa dan bernafas selama lima saat dan hembus melalui mulut selama lima saat. Ulang teknik tersebut selama mana yang anda perlukan. Berlatih menghidu bau-bauan untuk mengembalikan anda ke situasi semasa.
5. Latihan 54321
Salah satu kaedah untuk mengembalikan anda ke keadaan semasa sewaktu mengalami serangan panik adalah dengan melakukan latihan tumpuan deria.
Tumpukan perhatian kepada lima objek yang boleh anda lihat, kemudian empat bunyi yang boleh didengari, tiga perkara yang anda boleh rasa (perasaan), dua bauan yang boleh dihidu dan satu benda yang boleh dirasa (lidah).
Teknik ini digunakan untuk mengasingkan deria anda dan menghentikan anda daripada berasa 'tenggelam'.
SUMBER
Baca Juga : Betul Ke Coklat Mampu Mengurangkan Stress ?
Post a Comment