Coklat sering dikatakan melambangkan keceriaan dan membantu mengurangkan kemurungan. Seperti diketahui ramai, coklat dibuat daripada biji koko yang diproses.
Betul Ke Coklat Mampu Mengurangkan Stress ? Credit Pic : SUMBER |
Sinar Harian menukil Timbalan Ketua Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Lembaga Koko Malaysia, Dr Ahmad Kamil Mohd Jaaffar, sebagai berkata, koko mampu menyumbang sumber tenaga untuk proses perkembangan dan keperluan harian.
Betul Ke Coklat Mampu Mengurangkan Stress ?
KEBAIKAN COKLAT HITAM
Coklat hitam atau "dark chocolate" merupakan coklat paling baik untuk dimakan kerana kandungan nutrisinya yang tinggi selebih 70 peratus. Coklat hitam mengandungi flavonoids dan antioksidan yang dapat melindungi sel tubuh dan dapat menjauhi daripada penyakit.
Tambahan pula, coklat hitam dapat mengurangkan risiko angin ahmar sebanyak 20 peratus dalam kalangan wanita. Coklat hitam juga dapat menurunkan tekanan darah dan menghalang pembentukan darah beku.
Menariknya lagi, jika anda makan coklat hitam sebanyak 40 miligram selama dua minggu berturut-turut, kadar gelisah anda mungkin turun.
Coklat merupakan 'nikmat hidup' yang boleh menyuntik perasaan yang positif dan kegirangan. Seseorang itu akan rasa bahagia apabila tubuh mengeluarkan hormon endorfin semasa makan coklat.
Meskipun begitu, ini tidak bermaksud ia patut menggantikan ubat atau seringkali dimakan. Coklat harus dinikmati sekali-sekala sahaja kerana kandungan gula dan lemak amat tinggi mampu manaikkan berat badan.
Namun begitu, tidak semua antara kita suka makan coklat. Ada antara kita yang tidak gemar rasa atau kandungan gula dan lemaknya yang tinggi serta menyebabkan alahan. Gejalanya termasuk ruam kulit, jerawat, sakit kepala dan sebagainya. Oleh itu, kita perlu membaca kandungan koko yang terdapat pada label sebelum membuat pilihan, menurut Sinar Harian.
KECANTIKAN
Penggunaan coklat dalam rawatan kecantikan mampu untuk menggebukan kulit. Coklat juga boleh membantu dari segi antipenuaan dan menegangkan kulit dan wajah. Ia juga melicinkan kulit badan selain mengandungi vitamin B dan C.
Menurut Sinar Harian, coklat juga baik untuk mengurangkan tekanan. Aromanya yang menenangkan sesuai dengan kaum wanita. Bahan-bahan yang berunsurkan alam semula jadi dan tiada campuran bahan kimia di dalam coklat membuktikan coklat tidak bahaya.
SUMBER
Baca Juga : Waktu Terbaik Untuk Bersenam Bagi Mengurangkan Berat Badan
Post a Comment