Saya ada sebuah rumah sewa dan saya ingin bertanya pasal barang yang ditinggalkan oleh penyewa ketika dia pindah adakah boleh saya ambil?
Hukum Mengambil Barang Penyewa Yang Sudah Berpindah |
JAWAPAN :
Hukum Mengambil Barang Penyewa Yang Sudah Berpindah
Barangan yang ditinggalkan oleh penyewa jika adalah ia barangan berharga yang pada adatnya tidak ditinggalkan orang seperti barang kemas atau perkakas yang masih elok atau seumpamanya maka tidak boleh diambil sekali pun oleh tuan rumah dan hendaklah menghubungi penyewa tersebut supaya datang ia mengambilnya.Tetapi jika penyewa sudah tidak mahu lagi barangan tersebut maka bolehlah diambil.
Ada pun jika barangan tersebut ialah barangan yang biasanya ditinggalkan orang seperti kerusi yang telah patah atau tilam yang sudah buruk atau pakaian yang lama maka boleh diambil.
Tersebut pada kitab At-Tasyri’ Al-Jina’i :
اْلأُشْيَاءُ الْمَتْرُوْكَةُ هِىَ اْلأُشْيَاءُ الَّتِىْ كَانَتْ مَمْلُوْكَةً لِلْغَيْرِ ثُمَّ تَخَلَّى عَنْهَا مَالِكُهَا كَالْمَلاَبِسِ الْمُسْتَهْلِكَةِ وَبَقَايَا الطَّعَامِ وَكَنَاسَةِ الْمَنَازِلِ وَحُكْمُ اْلأُشْيَاءِ الْمَتْرُوْكَةِ هُوَ حُكْمُ اْلأَشْيَاءِ الْمُبَاحَةِ ِلأَنَّ اْلأَشْيَاءَ الْمَتْرُوْكَةَ تُصْبِحُ بِتَرْكِهَا لاَ مَالِكَ لَهَاArtinya : “Barang-barang yang ditingggalkan artinya barang-barang yang dimiliki oleh seseorang kemudian melepaskannya akan miliknya seperti pakaian yang buruk dan dan sisa makanan dan penyapu rumah. Dan barangan yang ditinggalkan ini hukumnya adalah hukum barang yang diharuskan kerana apabila barang itu ditinggalkan maka jadilah ia tidak ada pemilik baginya lagi.”
Kesimpulannya kalau barang tersebut memang ditinggalkan maka jadilah ia tidak lagi ada pemilik maka harus bagi tuan rumah mengambilnya.
Jika barang itu tertinggal maka tidak boleh diambil dan hendaklah diserahkan kepada pemiliknya jika dia masih mahukannya.
Cara yang lebih cermat hendaklah menghubungi penyewa tersebut dan bertanyakan tentang barang yang ditinggalkan itu.
Wallahua’lam
SUMBER- Ustaz Azhar Idrus
Baca Juga : Adakah Patut Mengerjakan Haji Dulu Atau Membayar Hutang Dulu Jika Wang Simpanan Sudah Mencukupi?
Post a Comment