Jangan mencintai seseorang terlalu dalam jika anda tidak pasti dia mencintai anda sama dalamnya dengan apa yang anda rasa. Ini kerana, kedalaman cinta hari ini, akan menjadi dalamnya luka di hari mendatang.

Sebab-Sebab Tidak Boleh Mencintai Seseorang Itu Terlalu Mendalam
Sebab-Sebab Tidak Boleh Mencintai Seseorang Itu Terlalu Mendalam
Credit Pic : SUMBER


Kata-kata itu memang kedengaran ngeri, namun ada juga kebenarannya. Sesuatu yang berlebih selalunya bukan sesuatu yang baik.

Sebab-Sebab Tidak Boleh Mencintai Seseorang Itu Terlalu Mendalam

Anda sangat beruntung kalau jumpa seseorang yang sayang anda sama banyak dengan macam mana anda memberi kasih sayang.

Tapi ada banyak kes kawan-kawan dekat luar tu yang satu pihak ja yang ada perasaan cinta yang dalam. Sebab itulah ada cerita patah hati yang selalu berlegar dekat timeline twitter.

Ada banyak perempuan dekat luar sana yang memberi cinta sepenuh hati kepada orang yang dicintanya. Namun, dia tidak pula memberi cinta yang serupa kepada dirinya sendiri.

Kadang kita sayang orang sampai kita pun tak sedar yang kita kehilangan diri sendiri. Berikut adalah antara tanda-tanda seorang perempuan mencintai seorang lelaki dengan terlalu dalam sehingga kehilangan identiti dirinya sendiri. Jom kita lihat : 


1. Terlalu Menganggungkan Si Kekasih

Dari kecil kita selalu dengar lelaki selalu dikaitkan sebagai lebih bagus, lebih baik dan lebih bijak. Kalau anda selalu puji kekasih anda tanpa sebab yang jelas, takut nanti anda akan membesarkan egonya dan membuatkan diri anda kurang berharga di matanya. Pujilah kekasih anda sebab dia layak mendapatkan pujian itu.


2. Mengabaikan Kawan-Kawan

Benda yang menyedihkan kalauanda bercinta ialah apabila anda mengorbankan persahabatan sebab takut pasangan anda cemburu.

Kadang-kadang perempuan selalu ingat kalau dia pergi keluar dengan girlfriends dekat luar, nanti kekasih dia akan rindu atau tak boleh buat semua benda tanpa dia di sisi. Jadi, anda pun buat benda serupa dekat kekasih anda. Halang dia pergi lepak dengan kawan-kawan dia. Kalau anda buat macam itu, anda sebenarnya telah berlaku kejam kerana menghilangkan salah satu support sistemnya.


3. Fokus Tujuannya, Bukan Tujuan Anda

Ni satu lagi. Bila anda terlalu berharap dan bergantung kepada hidup dia sampailah anda tak tahu pun apa yang anda sendiri nak. Anda selalu menganggap tujuan hidup dia adalah tujuan hidup anda juga.

Kadangkala, kita terlalu nak buat orang yang kita sayang itu gembira dengan memberikannya segala-gala. Tapi, dia pula suam-suam nak layan anda. Rasanya anda dah boleh check balik adakah andamencintai orang yang betul atau sebaliknya. Cinta yang sejati tidak akan pernah membuat anda membenci diri sendiri. Ingat tu !! 


SUMBER

Baca Juga : Adakah Dibolehkan Seseorang Perempuan Melamar Lelaki Yang Diminatinya ?

Post a Comment

Previous Post Next Post