Bagi wanita yang berhijab, pastinya anda ingin anak anda turut sama menutup aurat. Tetapi persoalannya, bilakah masa paling sesuai untuk memperkenalkan rutin ini kepada anak anda?
Cara Terbaik Mengajar Anak Kecil Anda Bertudung Credit Pic : SUMBER |
Ada sesetengah kanak-kanak, kecil-kecil lagi sudah bertudung. Memang comel !! Ada juga kanak-kanak yang mula memakai tudung atau hijab ketika memulakan zaman persekolahan mereka. Jadi yang manakah yang betul?
Cara Terbaik Mengajar Anak Kecil Anda Bertudung
Ada orang berkata, kanak-kanak kecil belum faham lagi erti dan kepentingan menutup aurat. Oleh sebab itu, anda sebenarnya boleh menentukan sendiri bilakah umur yang sesuai untuk anak anda mula memakai hijab.
Sebaik-baiknya apabila anak anda sudah memahami perbezaan baik dan buruk, kerana ketika itu dia akan lebih bersedia dan memakai tudung dengan betul.
Perkara yang lebih penting dan mencabar adalah cara untuk anda memperkenalkan pemakaian hijab kepada si kecil.
Paling penting, anda tidak seharusnya memaksa atau menggunakan kekerasan jika dia enggan memakai hijab. Dia mungkin akan rasa terbeban dan mungkin akan terus mengelak.
Di bawah ini adalah lima langkah yang anda juga perlu ikuti supaya anak anda dapat membiasakan diri dengan berhijab berdasarkan theasianparent :
1. Tunjukkan contoh teladan
Sebagai ibu bapa, anda ialah contoh terbaik bagi anak kerana dia sentiasa memerhatikan tingkah laku anda. Apa sahaja yang anda buat, dia mungkin akan ikut.
Sehubungan itu, jika dia melihat anda berpakaian sopan dan menutup aurat, besar kemungkinan dia juga ingin berpakaian serupa.
Isyarat visual (visual cue) mampu mempengaruhi otak semua spesies termasuk manusia. Maksudnya sebarang idea yang dilihat akan mudah tertanam di dalam minda mereka, lebih-lebih lagi membabitkan anak kecil yang mudah dilentur.
2. Banyak bersabar
Mendidik anak memang mencabar kerana bukan semua anak kecil akan menerima ajaran anda dengan hati yang terbuka.
Ibu bapa perlu bersabar setiap kali ingin mengajar anak mereka sesuatu yang baru dan lakukannya selangkah demi selangkah. Dengan ini, si kecil akan betul-betul memahami kepentingannya.
Samalah juga dengan pengenalan hijab. Ambil masa anda hingga si kecil berasa cukup seronok dan dia sendiri yang memilih untuk memakai hijab.
3. Sirami anak dengan pujian
Berikan kata-kata perangsang bagi membantu anak anda lebih berminat untuk bertudung. Katakan yang dia kelihatan cantik, comel dan berseri-seri. Barulah dia lebih bersemangat!
Pada masa yang sama, anda perlu sentiasa mengingatkan dia mengenai hikmah di sebalik pemakaian hijab. Bukannya untuk tampak cantik sahaja!
4. Beli tudung yang anak suka
Anda juga perlu menyediakan pilihan tudung yang cukup menarik bagi meningkatkan minat si kecil terhadap pemakaian tudung
Sebagai seorang wanita, anda pasti suka melihat tudung-tudung yang ada dijual di pasaran. Pelbagai rekaan ada!
Samalah juga dengan kanak-kanak. Mereka juga ada cita rasa masing-masing, justeru beli tudung yang dia suka dan rasa selesa ketika memakainya supaya dapat memberi dorongan bagi si kecil untuk terus memakai hijab.
5. Sentuh emosi anak
Tidak seperti orang dewasa, hati kanak-kanak lebih mudah tersentuh. Kanak-kanak juga akan memberi tindak balas lebih terhadap emosi daripada kata-kata.
Ambil peluang ini untuk selami hati anak dan kuatkan idea pemakaian hijab dalam dirinya. Ada kemungkinan yang anak anda berasa terbeban apabila disuruh memakai hijab, selain mungkin juga dia diejek oleh rakan sebaya.
Rahsia Anak Pandai Membaca Sebelum Masuk Tadika ->Klik Disini<-
Tanya apa perasaannya ketika memakai tudung dan jelaskan kepadanya mengenai kepentingan menutup aurat.
SUMBER
Baca Juga : Cara Senaman Mudah Bagi Mengurangkan Tekanan Kemurungan
Post a Comment