Persoalan mengenai apakah hukumnya jika suami meminum susu badan isteri dari segi hukum Islam masih lagi menjadi persoalan yang tiada penyudah,  ramai yang tidak tahu jawapan sebenarnya.

Hukum Berkenaan Suami Terminum Susu Isteri Dalam Islam
Hukum Berkenaan Suami Terminum Susu Isteri Dalam Islam
Credit Pic : SUMBER

Malah ada yang tidak kisah langsung sama ada ia dibenarkan atau sebaliknya, tidak kiralah perkara itu dilakukan dengan sengaja ataupun tidak.

Hukum Berkenaan Suami Terminum Susu Isteri Dalam Islam


Sebenarnya Islam mempunyai penyelesaian  untuk setiap perkara termasuklah urusan di dalam bilik tidur bagi pasangan suami isteri, serta urusan keibubapaan.

Bagi anda yang tidak tahu, bayi yang disusukan oleh seseorang wanita sebanyak lima kali hingga bayi itu kenyang, akan menjadi anak susuan wanita berkenaan.

Selepas itu, si kecil akan serta-merta menjadi mahram yang sah kepada anak yang dilahirkan wanita ini. Mereka tidak dibenarkan untuk berkahwin sama sekali.

Berbalik kepada situasi si suami terminum atau minum dengan sengaja, hal ini membingungkan lelaki kerana ada yang berpendapat bahawa jika si suami meminum susu badan isterinya, maka perkahwinan mereka terbatal.

Menurut penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus, hukumnya makruh sekiranya ia akhirnya menjejas penyusuan bayi pasangan suami isteri berkenaan.

Maklum sahaja, si bayi memerlukan susu badan ibu untuk membesar dan ia memang dikhususkan untuknya.

Jadi jika suami si wanita itu menghabiskan susu yang sepatutnya diberi kepada bayi mereka, ini bermakna lelaki itu mengehadkan pemberian zat dan nutrisi kepada anaknya.

Selain itu, ikatan perkahwinan di antara suami dan isteri berkenaan tidak terbatal jika si suami terminum susu badan isterinya.

Ini adalah kerana menurut hadith, penyusuan hanyalah terbatas kepada kanak-kanak di dalam usia dua tahun pertamanya.

Ulama Syaikh Muhammad bin Sholeh al-Utsaimin berkata :
“Menyusui orang dewasa tidak memberi apa-apa kesan kerana hubungan penyusuan hanya terjadi apabila  wanita menyusui bayi sebanyak lebih daripada lima kali dan ketika bayi itu belum berhenti menyusu.

“Oleh sebab itu, jika si suami meminum susu isterinya, dia tidak akan menjadi anak susuan isterinya.” (Fatawa Islamiyah, 3/338 

“Tidak dikatakan menyusui jika telah genap (umurnya) dua tahun, maka jika telah melebihi dari dua tahun, tidaklah ada hukum.” (Al-Baihaqi 7/462)

Jadi, dengan penerangan ini, mungkin ia memberi pencerahan  kepada lelaki mengenai  hukum suami meminum susu badan isteri. Semoga semua persoalan anda terjawab dengan jelas.


SUMBER

Baca Juga : Mengapa Allah Menciptakan Neraka Dan Syurga ?

Post a Comment

Previous Post Next Post