Obstructive Sleep Apnoea (OSA) atau apnea tidur ini adalah keadaan dimana pesakit berhenti bernafas dengan kerap ketika tidur.
Bahaya Leher Pendek Akibat Dari Kegemukan Credit Pic : SUMBER |
Tanpa sedar, tabiat berdengkur akan mengganggu orang yang tidur disebelah pelaku dan bukan pelaku sendiri. Namun, jika anda rasa diri anda sendiri atau pasangan anda mengalami smptom-simptom yang berikut, anda mungkin perlu lebih risau.
Bahaya Leher Pendek Akibat Dari Kegemukan
Obstructive Sleep Apnoea (OSA) atau apnea tidur ini adalah keadaan dimana pesakit berhenti bernafas dengan kerap ketika tidur.
Masalah ini merupakan masalah yang agak serius yang boleh menjejaskan sistem pernafasan pesakit dan secara tidak langsung mengganggu tidur mereka. Sekiranya tidak dirawat, pesakit berisiko untuk mendapat tekanan darah tinggi, serangan jantung dan angin ahmar.
Antara simptom-simptom yang dikaitkan dengan OSA ini adalah :
- Berdengkur dengan kuat- Mengantuk pada siang hari
- Nafas terhenti buat seketika ketika tidur
- Kerap berubah posisi semasa tidur
- Rasa lemas ketika tidur
- Sakit kepala di waktu pagi
Antara kebarangkalian punca penyakit ini adalah :
- Masalah kegemukan yang menyebabkan leher menjadi pendek dan besar selain dagu yang bersaiz kecil
- Mempunyai tonsil yang besar di bahagian tekak
- Bentuk batang hidung yang bengkok
- Bahagian dalam hidung yang bengkak dan lelangit yang lembu
- Pengambilan alkohol juga boleh menyebabkan otot di bahagian tekak kendur serta menghalang otak daripada bertindak kepada masalah yang berpunca daripada tidur
- Tabiat merokok
- Pengambilan ubat tidur
Pembedahan dan juga alatan medikasi boleh digunakan bagi mengelakkan tidur apnea anda daripada menjadi lebih kronik.
Pengekalan dan penjagaan gaya hidup yang sihat menjadi kontributor utama dalam pengawalan apnea tidur ini.
SUMBER
Baca Juga : Apa Itu Sebenarnya Penyakit Autoimun?
Post a Comment