Kolera adalah penyakit bawaan makanan dan air yang disebabkan oleh bacteria Vibrio cholera. Oleh kerana ia merupakan masalah kesihatan awam yang akut dan berupaya untuk merebak dengan cepat dan mungkin mengakibatkan kematian.

Apa Itu Wabak Kolera?
Apa Itu Wabak Kolera?
Credit Pic : SUMBER


1. Bagaimanakah cara jangkitan?

Apa Itu Wabak Kolera?


Cara jangkitan utama adalah melalui air minum dan makanan yang tercemar. Sumber jangkitan yang biasa :
i. Air minum yang tercemar.
ii. Makanan yang tercemar seperti : 

  • Makanan laut seperti kerang yang hidup dalam air yang tercemar dan tidak dimasak dengan sempurna.
  • Buah-buahan dan sayuran yang tercemar dan dimakan mentah.
  • Makanan yang tercemar semasa penyediaan dan semasa dihidangkan.
Dos infektif bergantung kepada kerentanan individu.Ia bergantung kepada asiditi perut (vibrio cholera dimusnahkan bila pH dibawah 4.5) dan imuniti yang terhasil daripada infeksi yang lalu. Penyususan ibu juga dapat melindungi bayi.


2. Masa inkubasi


  • Beberapa jam hingga 5 hari dengan purata selama 2-3 hari.



3. Gejala kolera

  • Dalam kawasan dimana tiada kolera seorang individu berusia 5 tahun ke atas mengalami dehidrasi teruk atau mati akibat cirit birit yang akut.
  • Dalam kawasan dimana ada kolera, seorang pesakit berumur 5 tahun ke atas yang mengalami cirit birit akut dengan atau tanpa muntah.


4. Rawatan

  • Pesakit biasanya akan dimasukkan ke wad untuk proses rehidrasi.
  • Rawatan dengan antibiotik.



5. Langkah-langkah pencegahan

a. Kebersihan diri

  • Tabiat membasuh tangan selepas ke tandas, selepas mencuci najis bayi, sebelum mengendali makanan, sebelum makan perlu diamalkan.


b. Pengendalian makanan.

  • Elakkan daripada memakan makanan yang mentah. Makanan perlulah dimasak dengan sempurna dan dimakan segera ketika masih panas. Sekiranya makanan terpaksa disimpan, pastikan ia disimpan pada suhu melebihi 60’C atau di bawah 10’C. Makanan yang disimpan perlu dipanaskan semulasecukupnya sebelum dimakan iaitu semua bahagian makanan perlu mencapai suhu melebihi 70’C. 
  • Makanan untuk kanak-kanak perlu dimakan sebaik siap disediakan dan jangan disimpan. Elakkan pencemaran silang diantara makanan yang telah dimasak dengan yang mentah.
  • Kebersihan dapur dan perkakas memasak perlu dijaga.
  • Elakkan minum minuman berais yang mungkin tercemar.


c. Panduan mengenai keramaian dan kenduri.


  • Semua keramaiaan dan kenduri sebaiknya ditangguh sehingga wabak tamat sekiranya ada wabak kolera.

d. Pastikan bekalan air Selamat dan dididihkan sebelum diminum.


Elakkan daripada menggunakan sumber air yang tercemar untuk diminum atau aktiviti penyedian makanan, mencuci, mandi dan sebagainya.

SUMBER

Baca Juga : Tanda-Tanda Anda Telah Dijangkiti Covid-19

Post a Comment

Previous Post Next Post