Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera. Agak lama saya tidak update berkenaan skop tugas kerja kerajaan. Kali ni saya nak kongsikan skop tugas Pembantu Operasi N11 Di Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebelum ni sy juga pernah update pasal Pembantu Operasi N11 ni iaitu Skop Tugas Pembantu Operasi N11 Yang Sebenar 2019


Skop Tugas Pembantu Operasi Di Sekolah (SPP)
Skop Tugas Pembantu Operasi Di Sekolah (SPP)
Credit Pic : SUMBER

Tapi kali ni sy update semula skop tugas Pembantu Operasi N11 ni. Yang Bezanya adalah skop tugas ni untuk Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Skop tugas Pembantu Operasi N11 ni, bagi saya skop kerjanya x la meluas.


Skop Tugas Pembantu Operasi Di Sekolah (SPP)


Jadi, skop tugas ini, sy ambil dari kawan sy yang bekerja di Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Pembantu Operasi N11 dimana dia bekerja lebih dari 5 tahun berkhidmat.

Skop tugas Pembantu Operasi N11 ialah :

  • - Kerja-kerja Fotostat (Termasuk memastikan mesin fotostat dalam keadaan baik, juga memastikan toner dan kertas sentiasa mencukupi).
  • - Meriso (Kegunaannya macam mesin fotostat juga tapi mesin riso ni boleh fotostat dalam jumlah yang banyak kuantitinya) * Boleh google image untuk lihat mesin riso tu.
  • - Kerja-kerja Filing (Menjalankan tugas menfailan seperti penyimpanan fail serta penyusunan fail-fail pejabat)
  • Kerja-kerja Binding (Kerja-kerja binding sama ada binding tape mahupun binding ring).
  • - Kerja-kerja Despatch (Menghantar dan mengambil surat dari Jabatan, PPD atau Pejabat Pos).
  • - Minit Surat (Merekod surat keluar dan masuk / Sebagai rekod perbincangan / Tindakan susulan atas urusan perkara dalam fail)
    * Surat Keluar - Ditulis dengan pen biru atau pen hitam
    * Surat Masuk - Ditulis dengan pen merah sahaja
    # Dalam minit surat terkandung : (Bilangan, Perkara atau Tajuk Surat, Tarikh Dimasukkan Ke Dalam Fail.
* Skop tugas ini boleh juga digunapakai untuk Pembantu Operasi di MAJLIS PERBANDARAN.

Untuk pengetahuan anda, skop tugas Pembantu Operasi N11 boleh berubah mengikut arahan Ketua Jabatan masing-masing. Ada yang membawa kenderaan menggantikan pemandu jika kekurangan pemandu. Ada yang menggantikan skop tugas Pembantu Awam jika sekiranya Pembantu Awam itu bercuti. Ada yang menjadi PA kepada Pengarah Jabatan.


Semua ini bergantung pada arahan ketua jabatan masing-masing. Anda tak perlu risau, andai rezeki anda dalam jawatan ni, yang mana baru masuk kerja akan diajar dahulu sebelum lepaskan kerja 100%. Akan ada pemantauan dahulu dari Pengawai atau CC (Ketua Kerani).

Ok sampai disini saja perkongsian sy kali ini. Nantikan skop tugas kerajaan yang lain pada di lain entri. Semoga Berjaya buat calon-calon temuduga.



Post a Comment

Previous Post Next Post