Andai kamu mencari yang sempurna. Pasti kamu merana sengsara. Carilah yang tidak mencela. Mampu menerima dirimu seadanya. Yang berkongsi saat gembira dan sentiasa bersama di saat berduka.
Kenapa Allah Hadirkan Seseorang Untuk Kecewakan Kita? Credit Pic : SUMBER |
Bukan senang untuk mencari pasangan hidup, yang sanggup terima buruk baik kita,
yang sanggup berkorban untuk kita, sanggup hidup bersama sampai ke akhir hayat.
Kenapa Allah Hadirkan Seseorang Untuk Kecewakan Kita?
Jika kita SUKA seseorang, kita akan berusaha untuk menjadikannya milik kita walau dengan apa cara sekalipun. Tetapi jika kita CINTA seseorang, kita akan mendoakannya agar dia sentiasa bahagia walau bukan dengan kita.
Kadang-kadang seseorang datang dalam hidup kita dengan cara yang baik membawa kegembiraan dan kebahagiaan. Namun, ada tika juga yang datang itu sebenarnya hanyalah seorang musafir yang datang singgah sebentar melepaskan penat lelahnya yang kemudiannya berlalu dari hidup kita dengan cara yang paling pahit dan menyakitkan. Sedangkan air sungai pun boleh berubah, inikan pula hati manusia.
Perlu diingat.. Hati itu mudah berbolak-balik sifatnya. Jadi, kena minta supaya Allah yang jaga. Nak harapkan manusia?
Hmmm hati sendiri pun belum terjaga, ada hati nak jaga hati orang lain.
Memang takkan menjadi..
Allah hantarkan perasaan kecewa itu sebenar nak kita mengenal dan tahu tentang perasaan itu serta itu merupakan tarbiyah Allah untuk kita.
Memang kita sedih ,kita akan bertanya adakah aku jahat sangat sehingga aku di uji seperti ini? jawapannya tentukan tidak yang pasti Allah berikan ujian itu tanda Allah sayang pada kita dan memberikan peringatan bahawa ada yang lebih baik untuk kita.Dia adalah sebaik perancangan.
Selain itu juga , Sebab Allah nak tunjukkan tiada tempat pergantungan yang terbaik selain Dia. Allah nak mendengar kita berdoa dan merintih padanya memohon bantuan dan pertunjuk darinyanya. Dia Maha mengetahui segala yang terbaik untuk kita.
Maka Allah hantarkan seseorang itu untuk mencuri hati kita dan di berikan perasaan kecewa. Allah nak lihat bagaimana cinta kita terhadap Allah, adakah lebih besar kita mencintai manusia itu?
Katakan pada diri, Allah hantar seseorang untuk kecewakan kita mungkin juga disebabkan:
1. Allah ingin temukan jodoh buat anda yang lebih baik.
2. Allah akan kembalikan semula dirinya bila dia jadi lebih baik atau anda jadi lebih baik.
3. Kafarah kepada dosa-dosa kita. Untuk kita lebih dekat kepada-NYA.
SUMBER
Baca Juga : Tips Kumpul Duit Untuk Kahwin Di Usia Muda
Post a Comment