Adat dalam berumahtangga ada pasang surutnya. Adakala bahagia muncul dan adakala ditimpa taufan yang mendatang. Ia mengikut kebijaksanaan suami isteri dalam menguruskan hal rumahtangga yang dibina.
Petua Rumahtangga Bahagia Mengikut Cara Orang Dulu-Dulu Credit Pic : SUMBER |
Jika kita lihat orang tua dulu-dulu, zaman nenek moyang kita ramai yang mempunyai ikatan perkahwinan yang bahagia dan berkekalan hingga ke hujung usia. Padahal takda pulak pun zaman suai kenal dan bercinta-cinta, kebanyakannya berkahwin atas pemilihan keluarga masing-masing.
Petua Rumahtangga Bahagia Mengikut Cara Orang Dulu-Dulu
Disini terdapat beberapa amalan dan petua kebahagiaan rumahtangga yang diamalkan oleh orang dulu-dulu agar hubungan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
1. TIDUR SEKATIL
Suami isteri perlulah tidur sekatil tak kiralah apa juga alasan dan dugaan, walaupun tengah bergaduh dan sedang merajuk sekalipun. Jangan biasakan diri berpisah tempat tidur dengan pasanga masing-masing.
Yang sorang dalam bilik sorang lagi diruang tamu atau seorang atas katil sorang tidur di lantai. secara logiknya, tidur merupakan keadaan pasangan dapat berhampiran diantara satu sama lain, berpelukan mahupun pegang tangan sebelum tidur pun, sudah mampu mencetuskan rasa bahagia dalam diri sekaligus mengeratkan hubungan.
2.GADUH JANGAN LEBIH 3 HARI
Macam dalam lagu Allahyarham P. Ramlee tu “Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’. Selisih faham, bergaduh dan merajuk adat asam garam dalam rumahtangga. Tapi perlu ingat bagi suami isteri, seeloknya selesaikan urusan ‘pergaduhan’ ini mungkin, elakkan ia berpanjangan dan tidak lebih daripada 3 hari. Perselisihan yang panjang boleh mengakibatkan pelbagai konflik lain yang timbul seperti berfikiran bukan-bukan dan syak wasangka pada pasangan.
3.PELUK CIUM PASANGAN SEBELUM BERPISAH
Ini antara salah satu rahsia kebahagiaan rumah tangga orang tua-tua dahulu. Betapa hebatnya kuasa pelukan dan ciuman pada pasangan mampu merembeskan hormon oxytocin yang memberikan rasa tenang dan bahagia malah meningkatkan kepercayaan dalam diri. Jadikan ianya suatu amalan, sebelum berpisah baik ke tempat kerja atau kemana-mana, biasakan salam, peluk dan cium pasangan terlebih dahulu. Percaya lah ia mampu ‘mengikat hati’ pasangan walaupun dimana dia berada. Tanpa perlu rasa ragu-ragu lagi.
4.TEMANKAN SUAMI MAKAN
Temankan suami makan adalah suatu perkara yang kita dengar macam simple tapi memberi makna yang besar buat pasangan. Jaga perut suami bukan sekadar memasak dan sediakan makanan untuk suami malah turut temankannya ketika makan walaupun si isteri tidak makan bersama.
Jika perasan nenek mahupun mak kita dulu, walaupun tak nak makan tetap temankan suami makan, cedukkan nasi, lauk mahupun sekadar teman berborak ketika makan. Ia mampu mencetuskan rasa prihatin dan ambil berat seorang isteri pada suami.
5. LAKUKAN AMAL IBADAT BERSAMA-SAMA
Si suami perlu luangkan masa menjadi imam solat fardhu di rumah bersama-sama dengan isteri. Lakukan sekurang-kurangnya solat Maghrib atau Subuh secara berjemaah. Ini akan menambahkan keredhaan Allah di dalam kehidupan. Apabila kesemua perkara ini dilakukan, insya-Allah kehidupan kedua-dua suami isteri akan bahagian dan diredhai oleh Allah.
SUMBER
Baca Juga : Kenapa Lelaki Belum Bersedia Untuk Berkahwin?
Post a Comment