Dapatkah anda bayangkan jika suami anda sedang bermesra-mesraan dengan wanita lain di belakang anda? Sudah pasti anda sebagai seorang isteri akan marah dan sakit hati bukan? 

Sebab-Sebab Suami Mencari Perempuan Lain
Sebab-Sebab Suami Mencari Perempuan Lain
Credit Pic : SUMBER

Antara persoalan yang bermain-main di minda anda pada ketika itu ialah, "Apa salah aku?, Kenapa suami tergamak menduakanku?, Apa lebihnya perempuan itu berbanding diriku" dan pelbagai persoalan lain akan muncul secara spontan dalam kotak fikiran.


Sebab-Sebab Suami Mencari Perempuan Lain


Kecurangan berada di mana-mana, malah lelaki yang kita sangkakan jujur pun akan terjebak. Mengapa begitu mudah suami beralih kasih padahal di awal perkahwinan sudah berjanji mahu sehidup semati? 

Tidak dinafikan ini semua benar dan banyak berlaku di kalangan masyarakat sekarang. Namun tidak ramai yang sedar bahawa punca perceraian berlaku juga ada di antaranya adalah disebabkan perkara yang kita terlepas pandang. Kami senaraikan tujuh perkara agar anda berwaspada.


KURANG KOMUNIKASI

Apabila sudah mempunyai cahaya mata, masa untuk berdua-duaan seakan tiada. Bukan itu sahaja, komunikasi antara suami isteri juga agak terhad kerana masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Isteri selalunya sibuk menguruskan rumah dan anak, melayan kerenah mereka hingga terlupa suami juga harus diberi tumpuan. 

Itulah yang membuatkan suami mulai bosan dan mencari teman berbual di luar, Tidak salah mahu menguruskan rumah tangga, tetapi cuba cari masa utnuk berbual kosong dengan suami. Bersenda gurau dan bergaduh manja seperti awal perkahwinan adalah sesuatu yang membahagiakan.


KEPERLUAN TIDAK DIJAGA

Disebabkan terlalu sibuk bekerja, isteri mungkin tidak sempat menyediakan keperluan yang sepatutnya seperti memasak dan mengemas. Ini mendorong suami untuk makan di luar. Mungkin ini dianggap biasa pada zaman sekarang, namun isteri perlu berwaspada. 

Apabila suami sering makan di luar, dia akan bertemu dengan ramai orang termasuk berjumpa dengan wanita lain, Tidak dinafikan, apabila sering bertemu dan berkongsi cerita suami akan terpikat dengannya. 

Jadi sebagai isteri, seharusnya anda mengatur masa dengan bijak supaya anda mampu menjaga keperluan suami sebaiknya. Masak makanan kegemarannya kerana air tangan isteri mampu memikat suami.


TERLALU MENGOKONG

Ingat, anda adalah isteri bukan ibunya. Kaum lelaki tidak suka jika hidupnya dikongkong. Tidak salah bertanya ke mana dia ingin pergi tetapi jangan berlebihan. Cukup sekadar tahu tujuan di keluar dan ke mana. 

Benar, akan ada rasa sangsi dan risau tetapi, tidak salah jika anda percaya serta yakin dengan suami. Biarkan jika dia mahu keluar minum sebentar. Sekali-sekala lelaki juga memerlukan ruang peribadi sendiri untuk bersama rakannya.


TIDAK MENJAGA PENAMPILAN

Inilah kelemahan ramai wanita dan mereka langsung tidak menyedarinya. Apabila terlalu sibuk dengan urusan kerja di pejabat dan di rumah, wanita selalu mengabaikan penampilan diri mereka. Berpenampilan sempurna bukan bermakna anda harus bersolek setiap masa. Tetapi memadai dengan berpakaian kemas dan berbau wangi. 

Barulah sedap mata si suami memandang. Penampilan yang kurang menarik akan membuatkan suami mudah bosan dengan anda. Inilah yang mendorongnya untuk mencari pengganti di luar.


TIADA RASA HORMAT

Suami tidak suka apabila sering dimarah atau dibebel. Ingat, suami juga ada maruah dan egonya. Jangan cepat melenting hanya disebabkan perkara yang kecil. Sebaiknya, tegur suami dengan cara berhemah dan suara yang perlahan. 

Jangan sesekali menegurnya di depan khalayak. Ini sangat memalukan dan menjatuhkan air mukanya. Hormati suami selayaknya dia sebagai ketua keluarga.


HAMBAR DALAM PERHUBUNGAN

Apabila sudah lama berkahwin, rasa sayang itu semakin lama akan pudar jika masing-masing tidak berusaha untuk memperbaikinya. Inilah yang menjadi punca keretakan rumah tangga. Terutama apabila hubungan suami isteri yang sepatutnya menjadi detik indah sudah tidak lagi memberi sebarang makna. 

Harus diingat, isteri jangan selalu menolak permintaan suami. Hubungan intin penting dalam sebuah perhubungan. Jika anda penat, cuba beritahu suami yang anda perlukan rehat. Suami yang prihatin pasti memahami keadaan isterinya. 

Jika suami dan tak tahan sangat sedangkan anda masih dalam keletihan, lakukannya dengan secepat mungkin agar suami anda tidak tersiksa batinnya menahan perasaan seorang diri. Utamakan kepuasan suami.


TIADA SENTUHAN MESRA

Jangan salah anggap, sentuhan bukan sekadar untuk bermesra sahaja. Tetapi sentuhan biasa juga sudah cukup untuk menunjukkan rasa sayang anda kepada suami. Nampak mudah tetapi inilah yang jarang dilakukan pasangan suami isteri sekarang. 

Berpegangan tangan dan memeluk antara satu sama lain seakan tiada lagi apabila sudah lama berkahwin. Dapat dilihat, kebanyakan suami isteri sekarang jarang menunjukkan sikap romantik mereka. 

Terutama isteri yang mula beranggapan ini semua tidak penting. Tetapi hal ini berbeza dengan suami yang sentiasa mahu dimanja isteri. Jika malu untuk berpelukan di depan anak, apa salahnya berpeluk ketika di dalam bilik berdua sebelum tidur.

SUMBER

Baca Juga : Tanda Pasangan Anda Marah Melalui Gaya Membalas Mesej

Post a Comment

Previous Post Next Post