Semua suami sayangkan isterinya walaupun kaum lelaki memang tak pandai nak meluahkan perasaan tersebut sehingga isterinya pun tertanya-tanya sendiri, "Suami aku ni sayang lagi ke kat aku ni?"

Tanda-Tanda Suami Amat Menghargai Isterinya
Tanda-Tanda Suami Amat Menghargai Isterinya
Credit Pic : SUMBER

Itulah fitrah kaum Adam ni. Mereka sangat kekok dalam bab hati dan perasaan. Namun jangan salah sangka, jika suami anda tak pernah memberitahu secara lisan perasaannya terhadap anda.

Tanda-Tanda Suami Amat Menghargai Isterinya


Walaupun suami anda tidak tahu menyuarakan rasa kasih, bukanlah bermaksud beliau tidak menyayangi anda, sebaliknya mereka mempunya cara lain untuk mengungkapkan rasa itu.

Seorang pengguna Facebook, Mohd Fhais telah berkongsi tujuh tanda seorang suami itu terlalu menyayangi isterinya. Jika tak semua, mungkin satu atau dua tanda-tanda ini ada pada suami anda. Selamat membaca dan semoga bermanfaat.


1. SUAMI AMBIL BERAT TENTANG ANDA

Suami pulang saja dari kerja, dia mesti tanya bagaimana hari anda hari ni. Dia juga suka dengar anda bercerita. Menjadi “pendengar” setia. Kalau boleh dia nak tahu semua perkara yang berlaku pada anda pada hari itu. Ini tanda dia ambil berat pada anda. Kalau anda mengadu ada masalah dia la orang pertama yang akan risau.


2. SENTIASA MAHU YANG TERBAIK BUAT ANDA

Dia tak pernah menolak kalau anda ajak jumpa ahli keluarga dan kawan anda. Tak ada istilah malas atau malu. Dalam fikiran dia hanyalah ingin yang terbaik untuk anda.


3. MELAYAN ANDA DENGAN BAIK

Jika dia sanggup mengutamakan perasaan, permintaan dan keperluan anda lebih dari perasaan dirinya sendiri, itu bermakna cinta dia pada anda sangat ikhlas.


4. SELALU LUANGKAN MASA BERSAMA

Suami anda lebih suka meluangkan masanya bersama anda daripada bersama kawan – kawan dia, maknanya itulah teman sehidup semati anda. Itu tanda dia gembira bersama anda.


5. ANDA SELALU DIUTAMAKAN

Apa sahaja yang dirancang oleh suami mesti akan utamakan keperluan anda dahulu. Nak beli baju untuk diri dia pun, mesti dia akan belikan baju untuk anda dahulu. Kalau dapat bonus hujung tahun dia mesti bagi anda dulu.


6. DIA TAK RASA MALU BERSAMA ANDA

Bila berjalan di shopping mall suami tak akan tinggalkan anda berjalan sorang diri di belakang. Pergi kemana pun dia akan sentiasa pimpin tangan anda. Dia pun tak malu untuk bawa anda ke majlis kerja atau berjumpa dengan kawan dia. Malah dia selalu memuji isterinya di depan semua orang.


7. INTEGRITI TINGGI

Selalu bercakap jujur dengan anda semua perkara. Dia tak pernah sekali mungkir janji, lambat atau cepat pasti dia akan tunaikan. Dia juga tak pernah putus asa berusaha keras untuk menyelesaikan masalah rumahtangga jika ada. Dia tak pernah lari dari masalah.

SUMBER

Baca Juga : Jenis Perangai Buruk Suami Yang Membuatkan Si Isteri Tidak Sukai

Post a Comment

Previous Post Next Post