Perasan tak ada di antara kita yang suka memotong percakapan kita, sentiasa tidak sabar, tak boleh menunggu panjang, tak boleh duduk diam, buat kerja sukar nak habiskan?
Jangan kecam. Mereka mungkin ada ADHD.
Apa itu ADHD? Ibubapa Perlu Semak Pada Anak-Anak Anda Credit Pic : SUMBER |
ADHD adalah salah satu masalah sikap yang disebabkan oleh perkembangan neuro/otak yang tidak normal. Dikatakan ada 4.3% menghidap penyakit ini di Malaysia (5-15 tahun)
Apa itu ADHD? Ibubapa Perlu Semak Pada Anak-Anak Anda
Ya kalau dapat kat yang suka membawang, memang panaslah cerita. Tidak hairanlah ramai yang menghidap ADHD mempunyai masalah bersosial kerana stigma orang ramai dan di tempat kerja.
Namun, bukan salah orang awam juga. Pengetahuan ADHD di kalangan rakyat Malaysia sangat rendah. Dan sebab itu juga ramai tidak tahu mereka ada ADHD sehinggalah mereka dewasa.
Mak dan ayah, jika anda nampak anak anda bersikap seperti ini, bawalah berjumpa doktor. Dengan pengesanan awal, rawatan boleh dimulakan dengan awal. Ibu ayah pun boleh mula menerima anak mereka. Takda lah mereka stress kerana tidak difahami nanti.
Tanda-Tanda ADHD ialah :
1) Hyperaktif
- Bila duduk, sering menggeliat dan gelisah
- Kerap bangun untuk berjalan dan berlari
- Lari dan memanjat pada keadaan yang tak sesuai
- Ada masalah buat kerja dalam keadaan senyap
- Bercakap berlebihan
2) Tak Fokus
- Sukar fokus
- Selalu menundakerja, tidak siap kerja dan menukar-nukar kerja yang tak siap
- Tidak teratur
- Sukar fokus di kelas/kerja
- Selalu terlupa(appointment/barang tertinggal)
- Senang terganggudengan bunyi yang mungkin orang lain tidak peduli
3. Impulsif
- Tak sabar
- Sukar untuk menahan daripada mula bercakap/reaksi
- Sukar ikut giliran
- Selalu memotong/jawapan sebelum seseorang habis bercakap/bertanya
Pada kawan dan orang awam, berhenti mengecam mereka. Mereka perlukan sokongan dari anda. Fahami mereka. Mereka pun istimewa.
SUMBER
Baca Juga : Adakah Makan Malam Boleh Menggemukkan Badan?
Post a Comment