Apakah sebenarnya di sisi agama hukum makan minum di dalam masjid kerana ada yang kata dibolehkan ada yang kata tidak boleh?
Hukum Berkenaan Makan Di Dalam Masjid Credit Pic : SUMBER |
JAWAPAN :
Hukum makan minum di dalam masjid adalah harus selama menjaga kebersihan dan kesuciannya dan tetapi jangan dijadikan kebiasaan untuk makan minum dalam masjid tetapi hanya apabila perlu sahaja.
Hukum Berkenaan Makan Di Dalam Masjid
Ada pun jika sampai mengotorkan masjid maka hukumnya adalah haram sekali pun dengan sisa makanan yang tidak najis.
Tersebut pada kitab Al-Fiqh ala Mazahib Al-Arba’ah :
الشَّافِعِيَّةُ قَالُوا: الأَكْلُ فِي الْمَسْجِدِ مُبَاحٌ مَا لَمْ يَتَرَتَّبْ عَلَيْهِ تَقذِيْرُ الْمَسْجِدِ كَأَكْلِ العَسَلِ وَالسَّمَنِ، وَكُلِّ مَا لَهُ دُسُوْمَةٌ وَإِلَّا حُرِمَ، لِأَنَّ التَّقْذِيْرَ الْمَسْجِدَ بِشَيْئٍ مِنْ ذَلِكَ وَنَحْوِهِ حَرَامٌ وَإِنْ كَانَ طَاهِرًاArtinya : “Ulamak-ulamak mazhab Syafie berkata mereka itu bermula makan di dalam masjid itu diharuskan selama tidaklah sampai mengotorkan masjid seperti memakan madu dan makanan berminyak dan yang mempunyai lemak''.
''Dan jika tidak memelihara dari mengotorinya maka hukumnya adalah haram. Ini adalah dari kerana sungguhnya mengotori masjid sekalipun dengan benda yang suci maka hukumnya adalah haram.”
KESIMPULAN
Makan dan minum dalam masjid hukumnya adalah harus tetapi hendaklah dipelihara jangan sampai mengotorkan masjid.
Jika jatuh sisa makanan atau air minuman maka hendaklah dibersihkan dengan segera.
Wallahua’lam
SUMBER - Ustaz Azhar Idrus
Baca Juga : Hukum Belajar Ilmu Agama Di Internet
Post a Comment