Inilah taktik paling mudah dan berkesan yang saya gunakan untuk 'lenturkan' ego Kakak.
Maklumlah, anak sulung ni kekadang, ada 'perangai' dia tersendiri bila dia dah dapat adik baru.
Ayat Terbaik Untuk Lenturkan Ego Anak Sulung Apabila Dapat Adik Baru Credit Pic : SUMBER |
Ada 5 'ayat keramat' yang boleh digunakan supaya anak sulung langsung tak mengganggap adiknya adalah 'pencabar' baru kedudukannya sebagai makhluk paling disayangi ibubapa.
Ayat Terbaik Untuk Lenturkan Ego Anak Sulung Apabila Dapat Adik Baru
Dan yang penting, ayat keramat ni bukan sekadar nak 'diamkan' anak sulung ketika marah saja, tapi nak INSTALL THE RIGHT BELIEF SYSTEM tentang SIAPA DIRINYA DI MATA IBUBAPA. InshaALLAH, kena dengan caranya, anak sulung kita akan jadi PEMBANTU kita yang cemerlang dalam menjadi contoh tauladan kepada semua adik-adiknya.
Adiknya umur berapa tahun, tak jadi masalah. Yang penting, taktik ni dah boleh dipraktis untuk anak sulung yang dah berumur 2 tahun ke atas, atau yang dah boleh faham bahasa. Seeloknya, mula 3 tahun ke 4 tahun ke atas.
Cuba try gunakan ayat ni depan anak sulung, dan perhatikan bagaimana 'egonya' lentur secara tiba-tiba, dari menjadi PESAING adik-adik, dia boleh berubah menjadi 'PELINDUNG' juga buat adik-adiknya.
1. SITUASI BEREBUT BARANG
Selalu kan, anak-anak ni suka berebut barang atau mainan?
Kalau anak-anak berebut barang, jangan sewenang-wenang menangkan adik yang kecil yang tak mengerti apa-apa lagi.
Tapi jagalah perasaan si anak sulung yang dah mula pandai kecil hati dan cemburu itu. Jadi, dalam situasi berebut barang, tunjukkan macam kakak yang menang secara halus.
Guna ayat keramat, "Adik, minta izin dulu dari Kakak/Abang.." Walaupun adik baru berusia 6 bulan yang mana takkan faham pun minta izin tu apa, tapi sebenarnya kita bukan bercakap dengan adik, kita sebenarnya 'bercakap' dengan si anak sulung untuk rendah dan buangkan ego dia, biar dia mengalah, biar dia lembut hati dengan adiknya selalu.
Selalunya, lepas suruh adik 'minta izin' untuk guna sesuatu barang, automatik Kakak pun akan bagi izin dan BERHENTILAH sudah adegan berebut barang dalam masa kurang 10 saat.
Tak perlu berleter pada Kakak suruh mengalah, atau beri arahan kasar suruh Kakak jangan berebut atau sebagainya. Cara marah dan guna kuasa veto suruh kakak lepas barang pada adik, MEMANG BERKESAN kadangnya, tetapi IANYA AKAN MENINGGALKAN KESAN yang TIDAK BAIK terhadap hubungan adik dan kakak untuk jangka panjang. Guna taktik ayat keramat di atas, inshaALLAH, kakak mengalah, hubungan adik beradik pun lebih ceria selepas ini.
Jangan terkejut kalau tiba-tiba nanti semua toys kakak dia sanggup kongsikan dengan adik tanpa drama derita dan air mata lagi. InshaALLAH.
2. SITUASI BERGADUH, SI ADIK MENJERIT
Ni commonlah kan. Adik tak pandai cakap lagi, bila dia marah atau tidak berpuas hati, dia akan menjerit dan menangis. Lepastu, bila seorang dah menjerit,si kakak/abangi pun selalunya akan sama-sama menjerit dan guna intonasi tinggi sebab tak puas hati atau sebab rasa TERANCAM mendengar adik menjerit.
Ye lakan, selalu bila adik menjerit mesti ibubapa serbu dan terus menyalahkan anak sulung, kan?
Jadi, jeritan adik sangat memberi 'ancaman' yang build 'tense' dalam diri Kakak/abang. Tense ni lama-lama akan buat Kakak/Abang akan membenci adik sebab sikit-sikit menangis dan at last, dia yang kena.
Maka, kakak/abang dengan adik masing-masing jadi tak rapat kerana Kakak/Abang yang lebih selesa 'mengelakkan' diri dari si adik. Perasan kan masalah ni?
Jadi kembali pada situasi jerit-jerit ni, memang kita perlu tenangkan Si Adik. Ada kalanya, adik marah tu SEBAB ANAK SULUNG/KAKAK/ABANG yang menajdi pengacau.
Jadi, kita gunakan ayat keramat "Adik, cakap elok-elok dengan Kakak.." Sebagai hint, nak beritahu pada Kakak, "Kakak dulu yang kena ajar adik bercakap dengan baik.."
Adik yang berteriak menangis tu kita tenangkan macam biasa. Dan Kakak yang dengar ayat keramat tu pun, secara spontan akan mula 'lembut' dan tone down. Tiba-tiba, dia pun juga mengadu dengan nada suara yang rendah. Tiada lagi adegan jerit-jerit marah-marah. Mudah kan?
"Anak faham ke reverse phsychology macam ni...?"
Jawapan saya, inshaALLAH, anak faham. Tapi bukan buat sekali dua, buatlah beberapa kali. Jangan harap express result ya. Kita pun belajar sesuatu, kena ulang berkali-kali. Sama jugalah dengan anak-anak. Beri masa. Sabar itu adalah 'Basic' dalam mendidik anak-anak.
3. SITUASI MINTA ANAK SULUNG JAGAKAN ADIK
Ni antara ayat yang paling kerap saya guna.
Untuk ajar Kakak/Abang menjadi Kakak/Abang yang betul-betul seorang yang bertanggungjawab dan boleh diharap tengok-tengokkan adik sementara saya meeting, mengajar, memasak, kemas rumah dan sebagainya.
Untuk pastikan sesi Kakak/Abang babysitting adik berjalan tanpa adegan yang tak diingini, awal-awal lagi saya akan pesan kepada adik, TAPI MAKE SURE KAKAK YANG DENGAR YA.. "Adik, Adik dengar cakap Kakak/Abang ya.."
Dan kemudian, sambunglah dengan segala nasihat kita bagi si Kakak pula. Contohnya, "Adik, adik dengar cakap kakak ya. Kakak tak bagi panjat pagar, adik jangan panjat ya.. Kakak suruh makan duduk, adik duduk ya. Adik DENGAR CAKAP kakak ya.."
Dan kemudian, baru ulang semula skrip di atas kepada Kakak pula. Selalunya, kalau adik buat apa-apa perkara yang bahaya atau yang saya tegah awal-awal, memang Kakak akan bertindak sebagai penjaga dan penyelamat yang sangat berjaya. Dia takkan biar adiknya sendirian dalam bahaya. Syaratnya, kena buat taktik di atas.
Automatik, perasaan sebagai SEORANG KAPTEN KAPAL YANG BERTAGGUNGJAWAB terhadap anak kapalnya, akan terus teraktif dalam diri Kakak.
4. SITUASI PUJUK ANAK SULUNG YANG MERAJUK/KECIK HATI
Selalunya, anak yang berusia 2 tahun ke atas dah mula pandai merajuk . Simple, sebabnya keinginan yang tak dipenuhi selalunya.
Logik anak-anak ni, kalau ibubapa sayang mereka dan hargai mereka, semua kehendak mereka mesti akan ditunaikan. Mereka tak faham, kadang-kadang, larangan dan amaran juga adalah salah satu tanda kita sayang mereka.
Jadi, dalam situasi anak-anak merajuk ni, depan-depan adik, kita keluarkan ayat keramat kita. Make sure, kakak dengar. "Adik, tengok Kakak lukis ni, hebat kan Kakak? SubhanALLAH.." atau
"Adik, tadi Kakak solehah sangat, sebab Kakak tolong ibu kemas mainan tadi.. Adik TIRU/IKUT PERANGAI KAKAK ya.."
By the time anak sulung dengar yang DIA KENA JADI CONTOH/ROLE MODEL kepada adik-adik, selalunya dia pun akan terus sejuk dan tak jadi nak buat perangai tak solehah dia.
Ya, anak-anak umur 3 tahun ke atas, sudah boleh tahu perangai soleh dan perangai tak soleh. Dia boleh relate, mana perangai dia patut buat, dan mana yang dia patut tak buat. Dengar ayat keramat tadi, terus dia malu nak buat perangai yang bukan-bukan.
5. SITUASI SEMASA BEREBUT PERHATIAN IBU/AYAH & ANAK SULUNG CEMBURU
Normallah kadang-kadang anak sulung ambil masa untuk 'move on' dan terima hakikat yang dia kini berkongsi kasih sayang bersama adiknya.
Kekadang, masa kita nak menyusukan, memberi makan, layan adik atau apa saja dengan adik, time itu jugalah kakak pun buat-buat terdesak nak itu ini sampai tergendala kerja kita. Dalam situasi ni, ingat ibubapa, jangan sekali-kali mengabaikan perasaan anak sulung.
Anak sulung kita dah pandai 'merajuk' dan pandai 'buat judgment' samada kita sayangkan dia atau tak. Sedangkan adik-adik yang masih baby/kecil lagi tu belum faham lagi sepenuhnya apa yang berlaku.
Bila Kakak/Abang cemburu dengan layanan, Jelaskan dengan simple keperluan adik dan minta adik 'mohon maaf.'
"Adik nak Ibu suap makan ya? Ok, adik minta kakak tunggu sebentar, dan adik minta maaf kakak ya.. Lepas ni, Ibu suap kakak pula makan, ya?" Dan tarik tangan adik buat macam acah-acah si adik nak minta maaf dengan Kakak. Sambil bagitau pada Kakak, adik kecil lagi, adik lapar, adik minta maaf sebab adik nak makan dulu dan sebagainya.
Si Kakak/Abang yang DAPAT PENGHORMATAN sebegitu, lazimnya akan mudah cair dan tiba-tiba keluarlah ayat keramat dia, "Tak apalah, ibu bagi adik makan dulu. Kesian adik tu lapar.."
Ini situasi benar yang selalu saya hadapi. Bila Kakak rasa 'bahagian' dia terancam, minta adik minta maaf. Dan dia pun, akan mula mengalah dan dia tahu, dalam 'hak' dia untuk dapatkan perhatian ibubapa, adik juga mempunyai hak yang sama.
==============
KESIMPULAN
==============
Sampai bila kena guna taktik ni? Takkan sampai bila-bila?
Ya! Memang takkan sampai bila-bila. Cuba lakukan dalam beberapa hari ke beberapa minggu saja. Kelamaan, Kakak memang tak akan kisah lagi untuk beralah dengan adik bila berlaku 'perebutan' meraih cinta dan perhatian ibubapa.
Tapi yang penting, kita ni sebagai parents perlu attend kakak pula selepas tu. Jangan diabaikan kakak pula. Mentang-mentang dia dah bertolak ansur, kita abaikan dia pula lepas tu. JANGAN sesekali ya.
HARGAI KEPERCAYAAN yang anak beri kepada kita. Dah beri perhatian adik dan janji nak beri perhatian pada kakak pula, jangan buat-buat lupa pula dengan janji kita. ATAU nanti, KESEMUA AYAT KERAMAT YANG KELUAR DARI MULUT KITA AKAN TERUS HILANG SEGALA 'BISANYA.' Di saat tu, sebut apa saja pada Kakak, semuanya jadi tak lut.
Sebab apa tak lut? Sebab anak dah hilang percaya. Ada banyak sebab kenapa kata-kata kita dah kurang 'power' dengan anak-anak, inshaALLAH lain kali saya cerita.
Cuma basically, ini adalah 5 AYAT KERAMAT tersebut yang boleh kita gunakan untuk LENTUR dan BUANG ego anak sulung dan supaya hatinya terpujuk untuk SENTIASA BERSIKAP RAHMAH DAN bertolak ansur dengan adiknya.
Credit : Sharifah Zahidah
Post a Comment