Pasti ramai pasangan suami isteri yang megimpikan keseronokan untuk  memiliki anak kembar. Namun, masih ramai yang tidak tahu cara merancang untuk mendapatkan anak kembar serta mencuba rezeki untuk memilikinya.

Cara Dapatkan Anak Kembar Walapun Tidak Ada Keturunan Kembar
Cara Dapatkan Anak Kembar Walapun Tidak Ada Keturunan Kembar
Credit pic : SUMBER

Jika pasangan suami isteri inginkan anak kembar mengikuti cara yang betul dan rapi, pasti akan berhasil dan menjadi.

Cara Dapatkan Anak Kembar Walapun Tidak Ada Keturunan Kembar


Doktor pakar sakit puan, Dr Hamid Arshat telah kongsikan 8 tip buat pasangan suami isteri yang mahukan anak kembar sebagai panduan di akaun ramsi Facebook miliknya.

Jom ikuti perkongsian penuh beliau di bawah :

Kembar identical atau mono zygotic berasal dari satu telur dan selepas bercantum dengan benih lelaki, embryo yang dihasilkan berpecah kepada dua. Kembar ini berkongsi uri dan lebih berisiko gugur, satu janin mati dan lain-lain masalah.

Peluang hamil bagi orang Asia hanya 1-2% sahaja, keluarga sebelah ibu dan wanita yang mengandung pada umur 40 tahun keatas lebih cenderung untuk hamil anak kembar


1. Orang Asia 1-2%

Pada teorinya peluang hamil kembar secara spontan ialah antara 1 hingga 4 %.

- Orang afrika punya kadar kembar tertinggi 4 %

- Orang putih amerika dan eropah kadarnya 3 %.

- Orang asia termasuk orang malaysia adalah yang terendah 1 - 2 % sahaja.



2. Keturunan Kembar Sebelah Ibu 

Dalam keluarga mempunyai kembar khususnya dari keluarga belah ibu, kebarangkalian hamil kembar meningkat 4 kali ganda.


3. Hamil Umur 40 Tahun Ke Atas 

Mereka yg telah melahirkan 4 anak atau lebih, peluang melahirkan anak kembar juga lebih tinggi. Begitu juga mereka yang hamil pada umur 40 tahun keatas.

Pemakanan, supplements tambahan dan rawatan yang membuka peluang untuk anak kembar juga perlu dititikberatkan


4. Amalkan supplement Vitamins dan Folic Asid

Mereka yang mana berada di  tahap kesihatan terbaik dan makan yang berzat serta berkhasiat. Mengamalkan makan supplement vitamins dan folic asid akan lebih berpeluang hamil kembar.


5. Makan Produk Tenusu


Ada segelintir yang mengatakan orang yang sering minum susu dan makan produk tenusu lebih berpeluang hamil kembar. Mungkin 'insulin like growth factor' (IGF) yg dikeluarkan oleh hati lembu jadi penyebab hamil kembar.


6. Makan Keladi Dan Ubi

Orang-orang asli africa,  makanan mereka terdiri  daripada keladi dan ubi didapati mempunyai peluang  yang tinggi melahirkan anak kembar 4 kali ganda dari orang lain.


7. Hormon Subur

Hormon subur sama ada pil atau suntikan meningkatkan peluang melahirkan kembar. Wanita yang makan pil subur clomid mempunyai peluang hamil anak kembar antara 5-10%.

Manakala mereka yang disuntik hormon gonadotrophin punya peluang kembar dalam linkungan 30%. Malangnya kadang2 berlaku kembar 4 atau lebih dan punya risiko gugur tinggi.


8. Rawatan IUI Dan IVF

Mereka yg menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan mereka yg menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang lebih tinggu untuk hamil anak kembar.

SUMBER

Baca Juga : Teknik Penyusuan Badan Yang Betul

Post a Comment

Previous Post Next Post