Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca-pembaca sekalian. Disebabkan kesukaran anda untuk study exam online, saya dengan senang hati menaip semula kesemua soalan-soalan dan jawapan bagi memudahkan urusan anda dalam menghadapi Peperiksaan Exam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Soalan Sebenar SPA Bagi Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 Berserta Jawapan 2020 |
Di sini saya nak maklumkan bahawa kesemua jawapan yang disediakan dalam artikel ini dikreditkan kepada meymey. Bukan jawapan dari saya mahupun admin lain. Saya hanya membantu menyusun semula soalan-soalan dan jawapan bagi memudahkan urusan anda. Ini adalah sebagai rujukan anda. Soalan-soalan ini adalah soalan sebenar dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Soalan Sebenar SPA Bagi Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 Berserta Jawapan 2020
Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Bagi Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
1. Sebungkus biskut berharga RM15.50. Remond membeli 55 bungkus biskut tersebut dan menjual 4/5 daripada biskut yang dibelinya dengan harga RM18.00 sekotak. Berapakah beza jumlah hasil jualan dengan jumlah pembelian semua biskut tersebut?
A) RM60.50
B) RM90.00
C) RM198.00
D) RM70.50
=> RM15.50 X 55 = 852.50
=> 4/5 X 55 = 44 44
=> 44 44 X 18 = 792
=> 852.5 - 792 = 60.50
2. 20 buah majalah berharga RM210 dan 15 buku nota pula berharga RM65.60. Berapakah harga bagi 1/2 daripada jumlah majalah tambah dengan 1/3 daripada jumlah buku nota tersebut?
A) RM15.00
B) RM34.50
C) RM126.80
D) RM183.70
=> 210/20 = 10.5
=> 65.50/15 = 4.36
=> 1/2 X 20 = 10
=> 1/3 X 15 = 5
=> 10 X 10.5 = 105
=> 5 X 4.36 = 21.80
=> 105 + 21.80 = 126.80
3. 4 biji oren berlabel R, S, T dan U masing-masing mempunyai berat 145g, 135g, 150g dan 140g. 2/5 bahagian daripada oren S dan T di makan. Berapakah jumlah berat oren yang tinggal?
A) 399g
B) 426g
C) 456g
D) 429g
=> R = 145g
=> S = 135g X 2/5 = 54g
=> T = 150g X 2/5 = 60g
=> U = 140g
=> S = 135-54 = 81g
=> T = 150-60 = 90g
=> 145 + 81 + 90 +140 = 456g
4. Sebuah van dipandu dari Bandar Q ke Bandar R yang jaraknya 380km dalam masa 4 jam 15 minit. Berapakah laju purata van tersebut dipandu?
A) 86.4km/j
B) 89.4km/j
C) 91.6km/j
D) 93.6km/j
=> Laju = J/M
=> 380/4.25 = 89.4 km/j
5. P = 10, P + 15 = Q dan R - 5 = P. Oleh itu P+ Q R = ?
A) 40
B) 45
C) 50
D) 55
=> P = 10
=> P(10) + 15 = Q(25)
=> R(15) - 5 = 10
=> P + Q + R = 10 + 25 + 15 = 50
6. Ramli menjual air bandung berharga RM1.50 segelas dan cendol berharga 2 kali harga air bandung tersebut bagi setiap mangkuk. Sebanyak 150 gelas air bandung dan 180 mangkuk cendol dapat dijual pada suatu petang. Berapakah jumlah hasil jualannya pada petang itu?
A) RM450
B) RM540
C) RM765
D) RM1485
=> 1.50 X 150 = 225
=> 3 X 180 = 540
=> 225 + 540 = 765
7. Jarak dari Bandar W ke Bandar X ialah 165km dan jarak dari Bandar X ke Bandar Y ialah 3/5 jarak dari Bandar W ke Bandar X. Berapakah jarak dari Bandar X ke Bandar Y melalui Bandar X?
A) 99km
B) 165km
C) 264km
D) 363km
=> W X = 165km
=> X Y = 3/5 x 165 = 99km
=> W Y = 165 + 99 = 264km
8. Sebuah kilang mengeluarkan 8,900 bungkusan roti untuk di hantar sama banyak ke 5 buah pekan. Di pekan Q bungkusan itu diagihkan sama banyak juga kepada 8 buah kedai. Berapakah baki bungkusan di Pekan Q yang tidak diagihkan?
A) 4
B) 5
C) 0.5
D) 222.5
=> 8900/5 = 1780
=> 1780/8 = 222.5
=> 1 kedai dapat 222
=> 222 x 8 = 1776
=> 1780 - 1776 = 4
9. Harga sebuah meja makan ialah RM1,250 dan 6 buah kerusi ialah RM1,300. Harga satu set tilam adalah 15% kurang daripada jumlah barang-barang tersebut. Berapakah harga kesemua barang tersebut?
A) RM382.50
B) RM2550.00
C) RM2932.50
D) RM4717.50
=> 1250 + 1300 = 2550
=> 2550 - 15% = 2167.50
=> 2550 + 2167.50 = 4717.50
10. 1.75kg gula-gula diagihkan mengikut nisbah 3:4. Berat 20 biji gula-gula tersebut adalah 100g. Berapakah bilangan gula-gula bagi bahagian yang lebih besar?
A) 140
B) 150
C) 200
D) 263
=> 1.75kg/7 = 0.25kg
=> 0.25kg x 3 = 0.75kg
=> 0.25kg x 4 = 1kg
=> 0.75 x 1000 = 750g
=> 1 x 1000 = 1000g
=> 750g/100g = 7.5
=> 7.5 x 20 = 150
=> 1000g/100g = 10
=> 10 x 20 = 200
11. 550 buah buku tersimpan di dalam sebuah almari. 55% adalah terdiri daripada buku Bahasa Melayu. Selainnya adalah buku Bahasa Inggeris sebanyak 55 buah dan selebihnya adalah buku Bahasa Arab. Berapakah bilangan buku Bahasa Arab tersebut?
A) 193
B) 223
C) 247
D) 303
=> (BM) 550 - 55% = 247.5
=> (BA) 302.50 - 55 = 247.5
=> BI = 55
12. Sebuah beseb mengandungi 70 liter air. 25 biji belon diisi dengan air tersebut sebanyak 300ml setiap biji. Berapakah isipadu air yang tinggal di dalam besen?
A) 7.4 liter
B) 7.5 liter
C) 62.5 liter
D) 63.5 liter
=> 25 x 300 = 7500ml
=> 7500ml = 7.5l
=> 70 - 7.5 = 62.5liter
13. Amran berjalan kaki selama 38 minit 38 saat. Kemudian dia melakukan senaman selama 5 minit dan berjalan semula selama 50 minit 43 saat. Berapakah keseluruhan masa yang diambil untuk aktiviti tersebut?
A) 1 jam 50 minit 21 saat
B) 1 jam 34 minit 21 saat
C) 1 jam 33 minit 21 saat
D) 1 jam 21 minit 21 saat
=> 38m 38s + 5m = 43m 38s
=> 43m 38s + 50m 43s = 1j 34m 21s
14. {225, 196, R, 144, 121}. Apakah nilai R?
A) 151
B) 156
C) 167
D) 169
=> 225 - 196 = 29
=> 196 - 27 = 169
=> 169 - 25 = 144
=> 144 - 121 = 23
15. Kebarangkalian bagi Ramli menepati sasaran dalam aktiviti memanah adalah 4/5. Berapakah bilangan tidak menepati sasaran apabila beliau memanah sasaran sebanyak 150 kali?
A) 30
B) 40
C) 100
D) 120
=> 5/5 - 4/5 = 1/5
=> 1/5 x 150 = 30
Jika terdapat kesalahan ejaan soalan atau salah dalam pengiraan,anda boleh komen di ruangan bawah yang disediakan. Semoga ada lulus dalam menghadapi Exam SPA.
Baca Juga : Soalan Sebenar SPA Bagi Jawatan Pegawai Imigresen KP19 Berserta Jawapan 2020
Hi can you please explain in detail regarding question number 11, i think the answer is wrong.
ReplyDeleteya.. i think the answer is wrong too.. should be 193
DeletePost a Comment