Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca-pembaca sekalian. Disebabkan kesukaran anda untuk study exam online, saya dengan senang hati menaip semula kesemua soalan-soalan dan jawapan bagi memudahkan urusan anda dalam menghadapi Peperiksaan Exam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Soalan Sebenar SPA Bagi Jawatan Pegawai Bomba KB19 Berserta Jawapan 2020 |
Soalan Sebenar SPA Bagi Jawatan Pegawai Bomba KB19 Berserta Jawapan 2020
Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Bagi Jawatan Pegawai Bomba KB19
1 ) 4 helai baju sukan berharga RM276 dan 6 helai seluar sukan pula berharga RM330. Berapakah harga bagi 3 helai baju sukan dan 2 helai seluar sukan setelah mendapat diskaun harga sebanyak 15%?A ) RM269.45
B ) RM317.00
C ) RM372.00
D ) RM515.10
=> 276/4 = 69
=> 330/6 = 55
=> 69 x 3 = 207
=> 55 x 2 = 110
=> 207 + 110 = 317
=> 317 - 15% = 269.45
2 ) M = 6, N = 8 dan P + 5 = M + N. Oleh itu M + N + P =?
A ) 21
B ) 22
C ) 23
D ) 24
=> M = 6
=> N = 8
=> P + 5 = M + N (14)
=> 14 - 5 = P (9)
=> (M + N + P) = 6 + 8 + 9 = 23
3 ) 5kg buah epal mengandungi 36 biji epal yang sama saiz. Jika sebiji epal dipilih secara rawak kebarangkalian mendapat epal yang rosak ialah 1/18. Berapakah anggaran paling tepat bilangan epal yang rosak dalam 25kg buah epal?
A ) 2
B ) 5
C ) 10
D ) 12
=> 1/18 x 36 = 2
=> 25/ 5 = 5
=> 2 x 5 = 10
4 ) {575, 550, Y, Z, 475} adalah susunan nombor mengikut pola tertentu. Apakah nilai Y + Z?
A ) 525
B ) 925
C ) 1,015
D ) 1,025
=> 575 - 550 = 25
=> 550 - 25 = 525 Y
=> 525 - 25 = 500 Z
=> 500 - 475 = 25
=> Y + Z = 525 + 500 = 1,025
5 ) Zaini membawa 3 jenis buah-buahan yang kesemuanya berjumlah 35kg. 1/5 daripada jumlah tersebut adalah epal hijau dan 2/5 adalah epal merah. Berapakah jumlah buah limau?
A ) 7kg
B ) 14kg
C ) 18kg
D ) 21kg
=> 1/5 X 35 = 7
=> 2/5 X 35 = 14
=> 35 - 21 = 14
6 ) Jarak dari Bandar V ke Bandar W ialah 195km dan jarak dari Bandar W ke Bandar X ialah 2/5 jarak dari Bandar V ke Bandar W. Berapakah jarak dari Bandar V ke Bandar X melalui W?
A ) 78km
B ) 117km
C ) 273km
D ) 390km
=> VW = 195
=> WX= 2/5 X 195 =78
=> VWX = 78 + 195 = 273km
7 ) Sebuah syarikat mengeluarkan 2,950 bungkusan makanan ringan untuk diagihkan. Berapakah bilangan bungkusan makanan ringan tersebut yang masih berbaki setelah diagihkan sama banyak kepada 160 buah keluarga?
A ) 60
B ) 70
C ) 80
D ) 90
=> 2950/160 = 18.4375
=> 160 = dapat 18
=> 18.4375 - 18 = 0.4375
=> 0.4375 x 160 =70
8 ) Harga satu set meja makan ialah RM880. Harga sebuah televisyen pula adalah 25% lebih mahal berbanding harga satu set meja tersebut. Berapakah harga bagi 3 buah televisyen?
A ) RM660
B ) RM1,100
C ) RM1,980
D ) RM3,300
=> 880 x 25% = 220
=> 220 + 880 = 1100
=> 1100 x 3 = 3300
9 ) Zaini membeli 3 jenis buah-buahan iaitu 25% adalah epal, 35% limau dan selebihnya adalah 3.5kg anggur. Berapakah jumlah keseluruhan buah-buahan yang dibeli olehnya?
A ) 5.83kg
B ) 8.75kg
C ) 12.25kg
D ) 14.58kg
=> 25% epal, 35% limau, 100- 60% = 40% anggur
=> 3.5kg = 40%
=> 3.5/40 = 0.0875
=> 25 x 0.0875 = 2.1875
=> 35 x 0.0875 = 3.0625
=> 3.5 + 2.1875 + 3.0625 = 8.75kg
10 ) 55% daripada jumlah wang simpanan Amin diberikan kepada 4 orang anaknya. Setiap seorang mendapat RM470. Berapakah jumlah keseluruhan wang simpanan Amin?
A ) RM854.55
B ) RM1,553.73
C ) RM1,880.00
D ) RM3,418.18
=> 470 x 4 = 1880
=> 1880/0.55 = 3418.18
11 ) Zaini memandu kereta selama 25 minit 45 saat. Kemudian dia berhenti membeli barang selama 15 minit dan memandu pulang ke rumah selama 15 minit 55 saat. Berapakah jumlah keseluruhan masa yang diambil untuk urusan tersebut?
A ) 55 minit 10 saat
B ) 56 minit 40 saat
C ) 55 minit 40 saat
D ) 56 minit 10 saat
=> 25m 45s + 15m + 15m 55s = 55m 100s
=> 100 - 60 = 40s
=> 56m 40s
12 ) Sejumlah 380 bungkus makanan ringan di dalam kotak Y dan 290 bungkus di dalam kotak Z. Berapakah bilangan bungkusan yang perlu ditambah ke dalam kotak Z supaya bilangan bungkusan itu lebih 115 bungkus daripada bilangan di dalam kotak Y?
A ) 105
B ) 155
C ) 205
D ) 495
=> Y = 380
=> Z = 290
=> 380 - 290 = 90
=> 115 + 90 = 205
13 ) Zaini menjual epal dengan harga RM6.30 setiap 500g dan lemon berharga RM1.50 lebih mahal berbanding harga 500g epal. Dia dapat menjual 45kg epal dan 32.5kg lemon. Berapakah jumlah hasil jualannya?
A ) RM567.00
B ) RM615.75
C ) RM1,074.00
D ) RM2,185.50
=> (Epal) 6.30 x 2 = 12.6/kg
=> 12.6 x 45 = 567
=> Lemon 7.80 x 2 = 15.60/kg
=> 15.6 x 32.5 = 507
=> 567 + 507 = 1,074
14 ) 3 bungkus buah-buahan berlabel X, Y dan Z masing-masing mempunyai berat 1,835g, 2,150g dan 2,140g. 3/5 bahagian daripada bungkusan X dan Y telah dimakan. Berapakah jumlah semua buah-buahan tersebut yang masih ada?
A ) 1,594g
B ) 2,391g
C ) 3,734g
D ) 4,531g
=> X = 3/5 x 1,835g = 1,101g
=> 1835 - 1101 = 734g
=> Y = 3/5 x 2,150g = 1,290g
=> 2150 - 1290 = 860g
=> 734 + 860 + 2140 = 3734g
15 ) Sebuah kedai runcit menjual 450 jenis barang. 55% adalah terdiri daripada makanan ringan. 15% daripada selebihnya adalah hasil laut. Berapakah jenis hasil laut yang dijual di kedai tersebut? (Bundarkan jawapan kepada nombor bulat.)
A ) 203
B ) 68
C ) 31
D ) 30
=> 55/100 X 450 = 247.5 (makanan ringan)
=> 450 - 247.5 = 202.5
=> 15/100 X 202.5 = 30
16 ) Sebuah kotak boleh memuatkan maksimum 275 biji epal. Berapakah bilangan maksimum epal yang boleh dimuatkan ke dalam 13 1/5 kotak yang serupa?
A ) 3,565
B ) 3,575
C ) 3,630
D ) 3,860
=> 13.2 X 275 = 3630
17 ) 25.5kg buah epal akan diagihkan mengikut nisbah 2:3. Berat 3 biji buah epal tersebut adalah 450g. Berapakah bilangan buah epal bagi bahagian yang lebih kecil?
A ) 57
B ) 68
C ) 102
D ) 170
=> 25.5/5 = 5.1kg
=> 5.1 X 2 = 10.2kg @ 10,200g
=> 5.1 X 3 = 15.3kg @ 15,300g
=> 10,200/450g = 22.67
=> 22.67 x 3 = 68
=> 15,300/450g = 34
=> 34 x 3 = 102
18 ) Sebuah baldi mengandungi 7.6 liter air. Kemudian, Zaini menambah sebanyak 8 botol air menjadikan kandungan air di dalam baldi tersebut ialah 11.5 liter. Berapakah isi padu bagi sebotol air itu?
A ) 487.5ml
B ) 650.0ml
C ) 3.9 liter
D ) 4.9 liter
=> 1L= 1000ml
=> 11.5 - 7.6 = 3.9L
=> 3.9L x 1000 = 3900ml
=> 3900/8 = 487.5ml
19 ) Purata pendapatan seorang pekedai sebulan bagi bulan April hingga Jun 2019 ialah sebanyak RM35,200. Pada bulan Julai tahun itu pendapatannya ialah RM36,300. Berapakah jumlah keseluruhan pendapatannya bagi 4 bulan tersebut?
A ) RM71,500
B ) RM105,600
C ) RM141,900
D ) RM177,100
=> 35200 x 3 = 105,600
=> 105,600 + 36,300 = 141,900
20 ) Sebuah van dipandu dari Bandar Y ke Bandar Z yang jaraknya 320km dalam masa 3 jam 15 minit. Berapakah laju purata van tersebut dipandu?
A ) 106.67km/j
B ) 101.59km/j
C ) 98.46km/j
D ) 91.43km/j
=> Kelajuan = Jarak/Masa
=> 320/3.25 = 98.46km/j
Jika terdapat kesalahan ejaan soalan atau salah dalam pengiraan,anda boleh komen di ruangan bawah yang disediakan. Semoga ada lulus dalam menghadapi Exam SPA.
Baca Juga : Soalan Sebenar SPA Bagi Jawatan Pegawai Imigresen KP19 Berserta Jawapan 2020
Post a Comment