Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca-pembaca sekalian. Disebabkan kesukaran anda untuk study exam online, saya dengan senang hati menaip semula kesemua soalan-soalan dan jawapan bagi memudahkan urusan anda dalam menghadapi Peperiksaan Exam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. 


Soalan Sebenar SPA Bagi Jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Berserta Jawapan 2020
Soalan Sebenar SPA Bagi Jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Berserta Jawapan 2020

Di sini saya nak maklumkan bahawa kesemua jawapan yang disediakan dalam artikel ini dikreditkan kepada meymey. Bukan jawapan dari saya mahupun admin lain. Saya hanya membantu menyusun semula soalan-soalan dan jawapan bagi memudahkan urusan anda. Ini adalah sebagai rujukan anda. Soalan-soalan ini adalah soalan sebenar dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.


Soalan Sebenar SPA Bagi Jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Berserta Jawapan 2020



Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Bagi Jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U11.


1. Laju purata Ahmad menunggang basikal ialah 15.3km/j. Berapa jauhkah Ahmad menunggang basikal setelah 3 jam 15 minit?
A) 46.15km
B) 45.90km
C) 48.195km

D) 49.725km 

=> J = L x M 
=> 15m/60m = 
=> 0.25 + 3 = 3.25
=> 15.3 x 3.25 = 49.725km


2. Harga setiap 1kg udang, ikan bawal dan ketam ialah RM32, RM25, dan RM38. Rahman membeli 800g udang, 1500g ikan bawal dan 2500g ketam. Berapakah harga yang perlu dibayar oleh Rahman?
A) RM95.00
B) RM135.10
C) RM158.10
D) RM165.00

=> 0.8 x 32 = 25.6
=> 1.5kg x 25 = 37.5
=> 2.5 kg x 38 = 95
=> 25.6 + 37.5 + 95 = 158.10


3.Jumlah wang Rahman, Ravi dan Runi masing-masing diwakili nisbah 2:5:3. Jumlah wang mereka bertiga ialah RM12,500. Berapakah jumlah wang Rahman tambah wang Ravi?
A) RM6,250
B) RM7,500
C) RM8,750
D) RM10,000

=> 2:5:3
=> 12500/10 = 1250
=> 1250 x 2 = 2500
=> 1250 x 5 = 6250 

=> 2500 + 6250 = 8750


4. Ali membuat pelaburan tetap dengan modal bernilai RM130,000 dan keuntungan setahun ialah sebanyak 3.5%. Berapakah jumlah nilai terkumpul diperolehinya setelah genap setahun membuat pelaburan?
A) RM4,450
B) RM45,500
C) RM125,450
D) RM134,550

=> 130,000 x 3.5% = 4550
=> 130,000 + 4550 = 134,550


5. Rahman menyimpan wang sebanyak RM6,500 dalam sebuah bank selama tempoh setahun dan beliau mendapat faedah sebanyak RM390. Berapakah kadar faedah setahun yang dibayar oleh bank itu?
A) 0.009%
B) 0.06%
C) 6%
D) 9%

=> 6500 x 6% = 390


6. Ramlah membeli 24.5m kain. Sehelai seluar memerlukan 1.75m kain dan Ramlah membuat 5 helai seluar menggunakan kain tersebut. Berapakah baki kain yang tinggal?
A) 8.75m
B) 12.75m
C) 15.75m
D) 22.75m

=> 1.75m x 5 = 8.75
=> 24.5 - 8.75 = 15.75m


7. Sepasang seluar dijual dengan harga RM135.00. Jika harga asal seluar itu ialah RM180.00. Berapakah peratus (%) diskaun yang telah ditawarkan?
A) 25
B) 26
C) 30
D) 31

=> Harga Asal = RM180
=> Harga Jual = RM 135

=> 180 - 135 = 45
=> 45/180 x 100 = 25%


8. (Y, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, Z) adalah satu pola dan urutan nombor perdana. Y + Z = ?
A) 22
B) 23
C) 24
D) 25

=> Prime No : 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 1, 9, 23
=> Y = 2
=> Z = 23
=> Y + Z = 25


9. Purata jisim bagi 32 biji buah tembikai ialah 2.8kg sebiji. 5 biji buah tembikaibaharu dikumpulkan bersama dan menjadikan purata jisim sebiji berkurang sebanyak 0.05kg. Berapakah jumlah jisim kesemua buah tembikai tersebut?
A) 85.1kg
B) 89.6kg
C) 101.75kg
D) 103.35kg

=> 32 + 5 = 37 
=> 2.8kg - 0.05kg = 2.75kg
=> 37 x 2.75kg = 101.75


10. Sebuah kedai menjual roti berharga RM9.50 sebuku, kek berharga 3 kali harga roti dan minuman berharga RM2.90 sebotol. Rahman membeli 4 buku roti, 3 biji kek dan 12 botol minuman. Berapakah jumlah harga pembelian tersebut?
A) RM101.30
B) RM129.80
C) RM158.30
D) RM186.80

=> (Roti) 9.5 x 4 = 38
=> (Kek) 28.5 x 3 = 85.5
=> (Minuman) 2.9 x 12 = 34.8
=> 38 + 85.5 + 34.8 = 158.30


11. Kebarangkalian Rahman memberikan jawapan salah bagi soalan kuiz ialah 1/7. Berapakah anggaran dia dapat menjawab dengan betul bagi 100 soalan kuiz?
A) 14
B) 28
C) 78
D) 86

=> 1/7 x 100 = 14 
=> 100 - 14 = 86


12. (230, 345, 460, Q, 690,805) adalah satu jajakan nombor. (Q/10) = ?
A) 11.5
B) 57.5
C) 115
D) 575

=> 230 - 345 = 115
=> 345 - 460 = 115
=> 460 + 115 = 575

=> Q = 575/10 = 57.5


13. Rahman memandu kereta pada kelajuan purata 105km/j selama 2 jam 45 minit. Berapakah jarak perjalanannya?
A) 210km
B) 257.25km
C) 262.5km
D) 288.75km

=> J = L x M
=> 105 x 2.75 = 288.75


14. Rahman membeli sebuah televisyen berharga RM2,550. Dia menjual televisyen tersebut dengan harga RM2,990. Berapakah peratus (%) keuntungan jualan tersebut? (Bundarkan jawapan kepada nombor bulat terhampir).
A) 14
B) 15
C) 17
D) 18

=> Harga Kos = RM2550
=> Harga Jual = RM2990
=> 2990 - 2550 = 440
=> 440/2550 x 100 = 17%


15. Ramlah mempunyai 658 biji guli. 2/7 daripada jumlah tersebut adalah berwarna putih dan 5/14 bahagian pula berwarna biru. Berapakah bilangan guli Ramlah selain putih dan biru?
A) 235
B) 329
C) 376
D) 423

=> 2/7 x 658 = 188
=> 5/14 x 658 = 235

=> 188 + 235 = 423
=> 658 - 424 = 235


16. Sebuah kotak mengandungi 150 biji guli. 55 biji berwarna merah, 65 biji berwarna hijau dan selainnya bewarna kuning. Apakah pecahan yang mewakili guli bewarna kuning?
A) 1/4
B) 1/5
C) 7/12
D) 12/15

=> 55 + 65 = 120
=> 150 - 120 = 30
=> 30/150 = 1/5


17. (1/5, 3/10, 2/5, P, 3/5). Apakah nilai P ?
A) 1/2
B) 1/5
C) 4/5
D) 7/10

=> 1/5 = 0.2
=> 3/10 = 0.3
=> 2/5 = 0.4
=> P = 0.5 {1/2}


18. Sebuah balang mengandungi 3,800ml air. Jumlah air yang memaksimumkan boleh disi dalam sebiji cawan ialah 250ml. Berapakah cawan yang sama saiz diperlukan untuk mengisi 4/5 daripada jumlah air dalam balang tersebut?
A) 10
B) 11
C) 12
D) 13

=> 4/5 x 3800 = 3040
=> 3040/250 = 12

19. Hasil jualan gerai Rahman bagi 4 hari berturut-turut ialah RM535, RM549, RM527 dan Z iaitu keseluruhannya berjumlah RM2,173. Berapakah nilai Z?
A) RM559
B) RM562
C) RM571
D) RM572

=> 535 + 549 + 527 = 1611
=> 2173 - 1611 = 562


20. Nombor yang manakah apabila dibundarkan kepada ribu terhampir menjadi 257,000?
A) 257,550
B) 257,420
C) 257,700
D) 257,780

Jika terdapat kesalahan ejaan soalan atau salah dalam pengiraan,anda boleh komen di ruangan bawah yang disediakan. Semoga anda lulus dalam menghadapi Exam SPA.

Baca Juga : Keputusan Temuduga Pembantu Perawatan 2019

Post a Comment

Previous Post Next Post