Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca-pembaca sekalian. Disebabkan kesukaran anda untuk study exam online, saya dengan senang hati menaip semula kesemua soalan-soalan dan jawapan bagi memudahkan urusan anda dalam menghadapi Peperiksaan Exam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. 


Soalan Sebenar SPA Bagi Jawatan Pembantu Perikanan G19 Berserta Jawapan 2020
Soalan Sebenar SPA Bagi Jawatan Pembantu Perikanan G19 Berserta Jawapan 2020

Di sini saya nak maklumkan bahawa kesemua jawapan yang disediakan dalam artikel ini dikreditkan kepada meymey. Bukan jawapan dari saya mahupun admin lain. Saya hanya membantu menyusun semula soalan-soalan dan jawapan bagi memudahkan urusan anda. Ini adalah sebagai rujukan anda. Soalan-soalan ini adalah soalan sebenar dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.


Soalan Sebenar SPA Bagi Jawatan Pembantu Perikanan G19 Berserta Jawapan 2020



Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Bagi Jawatan Pembantu Perikanan G19


1. Panjang satu daripada sisi sebuah segi empat tepat PQRS ialah 22cm dan perimeter PQRS ialah 80cm. Berapakah luas segi empat tepat PQRS (dalam unit cm2)?
A ) 396
B ) 484
C ) 792
D ) 1276

=> 22 x 2 = 44
=> 80 - 44 = 36
=> 36/2 = 18
=> (Luas = P x L)
=> 22 x 18 = 396


2. Sebuah kotak mengandungi 370 biji guli yang terdiri daripada 3 warna. 130 biji daripada guli tersebut berwarna merah dan 120 biji berwarna hijau. Berapakah pecahan bagi bilangan guli berwarna putih?
A ) 12/23
B ) 12/37
C ) 13/23
D ) 13/37

=> 120 + 130 = 250
=> 370 - 250 = 120 
=> 120/370 = 12/37


3.  65% daripada harga sebuah televisyen ialah RM870. Berapakah harga sebuah televisyen tersebut?
A ) RM1,077.46
B ) RM1,087.50
C ) RM1,174.50
D ) RM1,338.46

=> 35/65 x 870 = 468.46
=> 468.46 + 870 = 1338.46


4. Bilangan penduduk di sebuah taman perumahan ialah 3,550 orang. Berapakah bilangan penduduk di taman itu selepas setahun setelah bilangannya bertambah sebanyak 16%?
A ) 568
B ) 4,118
C ) 4,686
D ) 7,668

=> 3550 x 16% = 568
=> 3550 + 568 = 4118


5. Ali mempunyai sejumlah RM39,909 wang simpanan. Beliau membelanjakan 1/5 daripada jumlah wang tersebut untuk membeli motosikal, 1/15 untuk membeli perabot rumah dan 6/15 untuk membayar hutang. Berapakah baki wang simpanannya?
A ) RM12,660
B ) RM13,303
C ) RM18,620
D ) RM26,606

=> 1/5 x 39,909 = 7981.80
=> 1/15 x 39,909 = 2660.60
=> 6/15 x 39,909 = 15,963.60
=> 39,909 - 26,606 = 13,303


6. Tukarkan 3 jam 4 minit 7 saat kepada saat?
A ) 10,980
B ) 11,040
C ) 11,047
D ) 11,227

=> 60 minit x 3 jam = 180 minit
=> 184 minit 7 saat
=> 184 x 60 = 11040
=> 11040 + 7 = 11047


7. Sejumlah 890 biji guli akan dimasukkan ke dalam 2 buah bekas. 25% ke dalam bekas P dan 15% ke dalam bekas Q. Berapakah bilangan guli yang belum dimasukkan ke dalam bekas?
A ) 356
B ) 490
C ) 534
D ) 579

=> 890 x 40% = 356
=> 890 - 356 = 534


8. P bahagi Q sama dengan R, P bahagi 2 sama dengan Q dan Q bahagi 10 sama dengan 5. Apakah R?
A ) 2
B ) 5
C ) 10
D ) 50

=> (Cari Q) 10 x 5 = 50
=> (Cari P) 50 x 2 = 100
=> P/Q = R
=> 100/50 = 2


9. Jisim bagi 60 biji guli ialah 0.42g. Berapakah jisim bagi 280 biji guli tersebut?
A ) 0.09kg
B ) 1.96kg
C ) 10.0kg
D ) 12.6kg

=> 1kg = 1000g
=> 0.42g/60 = 0.007
=> 0.007 x 280 = 1.96kg


10. Ali mempunyai 450 biji guli. Dia memberikan 2/5 daripada jumlah tersebut kepada Abu dan selebihnya dibahagikan sama rata kepada 4 orang adiknya. Berapakah baki guli yang tinggal?
A ) 2
B ) 3
C ) 4
D ) 5

=> 2/5 x 450 = 180
=> 450 - 180 = 270
=> 270/4 = 67.5
=> 67.5 - 67 = 0.5
=> 0.5 x 4 = 2


11. Harga 50 biji guli ialah RM10.00. Harga bagi 20 biji gula-gula ialah RM3.00. Ali ingin membeli 70 biji guli dan 50 biji gula-gula. Berapakah harga yang perlu dibayar olehnya?
A ) RM19.50
B ) RM20.50
C ) RM21.50
D ) RM22.50

=> 10/50 = 0.20
=> 0.20 x 70 = 14 (Guli)
=> 3/20 = 0.15
=> 0.15 x 50 = 7.5 (Gula-gula)
=> 14 + 7.5 = 21.50

12. Sebuah lori dipandu dari bandar R ke bandar S yang jaraknya 235km dalam masa 3 jam 15 minit. Berapakah purata laju lori tersebut dipandu?
A ) 71.6km/j
B ) 72.31km/j
C ) 73.31km/j
D ) 74.6km/j

=> Laju = J/M
=> 235/3.25 = 72.31km/j


13. Sebuah meja makan berharga RM1,450 dan sebuah almari pula berharga 3/5 daripada harga sebuah meja makan tersebut. Berapakah harga bagi 13 buah almari?
A ) RM3,770
B ) RM7,830
C ) RM10,440
D ) RM11,310

=> 3/5 X 1450 = 870
=> 870 X 13 = 11,310


14. Manakah antara berikut nombor perdana?
A ) 51
B ) 59
C ) 119
D ) 121


15 ) Nilai tempat bagi digit 7 dalam nombor 282,573,900 ialah
A ) ratus ribu
B ) puluh ribu
C ) ratus
D ) ribu


16. {414, 437, P, 483, 506, Q} adalah satu pola urutan nombor. P dan Q masing-masing adalah
A ) 450 dan 523
B ) 450 dan 529
C ) 460 dan 529
D ) 460 dan 531

=> 414 - 437 = 23
=> 437 + 23 = 460 (P)
=> 460 - 483 = 23
=> 506 + 23 = 529 (Q)


17. Harga asal sebuah almari dan sebuah meja masing-masing ialah RM650 dan RM350. Ali membeli kedua barang tersebut dengan potongan harga sebanyak 15% untuk harga almari dan 5% untuk harga meja. Berapakah jumlah harga yang dibayar oleh Ali?
A ) RM790.50
B ) RM800.00
C ) RM885.00
D ) RM902.50

=> 650 x 15% = 97.5
=> 650-97.5 = 552.5
=> 350 x 5% = 17.5
=> 350-17.5 = 332.5
=> 552.5 + 332.5 = 885


18. 330 liter air di dalam sebuah tangki yang bocor berkurangan sebanyak 18% dalam tempoh 1 jam. Berapakah baki air yang tinggal di dalam tangki itu setelah tempoh 2 jam 30 minit?
A ) 128.5 liter
B ) 136.6 liter
C ) 148.5 liter
D ) 181.5 liter

=> 330 x 18% = 59.4
=> 59.4 x 2.5 = 148.5
=> 330 - 148.5 = 181.5L


19. 4.5 X 95 = 427.5. Manakah antara berikut yang memberikan nilai 4.275?
A ) 4.5 X 9.5
B ) 4.5 X 0.095
C ) 0.45 X 9.5
D ) 0.45 X 0.95


20. Ali mempunyai 7 utas tali yang berukuran 13.5m setiap satu. Dia menggunakan 7.15m daripada setiap tali itu untuk membuat penyidai. Berapakah jumlah panjang baki tali tersebut?
A ) 44.45m
B ) 46.475m
C ) 50.05m
D ) 94.5m

=> 13.5 - 7.15 = 6.35
=> 6.35 x 7 = 44.45m

Jika terdapat kesalahan ejaan soalan atau salah dalam pengiraan,anda boleh komen di ruangan bawah yang disediakan. Semoga ada lulus dalam menghadapi Exam SPA.

Baca Juga : Koleksi Soalan Sebenar Exam SPA Pelbagai Jawatan (Download Free)



Post a Comment

Previous Post Next Post