Sehingga kini, 30 individu telah disahkan positif Covid-19 dari kluster Sivagangga. Agak luarbiasa, kluster Sivagangga merebak dengan lebih PANTAS berbanding kluster lain sebelum ini. Sivaganga adalah nama sebuah tempat di India. Kes kluster Sivaganga wujud kerana tuan empunya kedai nasi kandaq yang bernama Nizar Mohamed pulang ke kampung halamannya di sana. Kemudian, dia pulang ke Kedah dan dikesan positif covid-19.
Apa Itu Covid-19 Super Spreader Kluster Sivaganga?
Adakah kita sedang berhadapan dengan virus jenis Super spreader? Kementerian Kesihatan Malaysia sedang mengkaji kemungkinan negara berdepan kluster 'super spreader' dan masih meneliti jenis virus yang menyebabkan hampir 7 ribu penduduk di Kedah di kuarantin.
Apa Itu Covid-19 Super Spreader Kluster Sivaganga? Credit Pic : SUMBER |
Apakah jenis virus yang dikatakan sebagai Super Spreader ini?
Untuk makluman, virus asal virus Covid-19 dari Wuhan adalah jenis D614 manakala Strain D614G adalah virus yang menggantikan strain virus sebelum ini iaitu D614. Dalam tempoh beberapa bulan, telah berlaku mutasi pada protein yang berbentuk duri pada virus ini yang menyebabkan ia lebih efektif dan mudah melekat pada reseptor di saluran pernafasan.
Ia didapati mampu menjangkiti 10 kali ganda lebih pantas berbanding virus asal. Kadar merebak lebih pantas berbanding virus asal dari Wuhan. Strain virus yang telah mengalami mutasi ini dikenali sebagai D614G iaitu virus 'super spreader' yang dimaklumkan mungkin bermula dari Mesir dan Pakistan.
Kajian juga mendapati individu yang dijangkiti dengan virus ini mempunyai virus load atau bilangan virus yang jauh lebih tinggi.
.
Perebakan pantas Kluster Sivagangga menunjukkan kepentingan untuk kita mematuhi SOP dan memakai pelitup muka di tempat awam. Tiada siapa yang sangka premis nasi kandar kecil di bandar yang aman boleh menjadi epicenter terbaru wabak Covid-19 di Malaysia. Jadi sentiasalah berhati hati, Covid-19 masih berada diluar sana. Kita masih belum bebas.
SUMBER
Baca Juga : Pelanjutan Penangguhan Pinjaman Balik PTPTN 2020
Post a Comment