Apakah hukum seorang suami memuji kecantikan orang lain selain isterinya dan suka melihat gambar perempuan cantik yang menjolok mata selain isterinya. 

Apakah Hukum Suami Memuji Kecantikan Wanita Lain Selain Isteri
Apakah Hukum Suami Memuji Kecantikan Wanita Lain Selain Isteri
Credit Pic : SUMBER


HUKUMNYA HARAM & BERDOSA


Apakah Hukum Suami Memuji Kecantikan Wanita Lain Selain Isteri


Sebagai contoh yang selalu terjadi dalam kalangan suami isteri zaman sekarang. Kenapa Sebelum saya kahwin saya tengok isteri saya sangat cantik, lepas 10 tahun saya kahwin dengannya, saya nampak semua wanita cantik melainkan isteri saya.

Itu adalah kerana matamu yang telah penuh dengan maksiat, penuh syaitan. Mata yang banyak maksiat suka akan pada benda yang haram. Perkara yang halal dia dah tak suka. 

Bila penyakit mata ini yang suka melihat akan sesuatu yang haram akan baik?

Apabila tanah telah menutup kedua-dua matamu. Di saat anda terkaku dan tidak berupaya membuat apa-apa.

Jadi tundukkanlah pandanganmu terhadap segala maksiat. Segalanya bermula dari mata dan dari mata lah turun ke nafsu. Jadi pandanglah isteri dengan padangan penuh kasih sayang, carilah kecantikan dalam diri si isteri.

Begitu juga isteri, jaga maruah diri untuk suami sahaja. Jangan bergetar tulang perut, tulang jari dan gatal tangan menaip komen yang tanpa sedar awak adalah seorang ibu dan isteri. 
Jangan terlalu obses atau taksub dengan artis lelaki/perempuan melayu ke, korea ke mahupun hindustan.

Ianya tetap HARAM kerana mereka LELAKI/ PEREMPUAN yang bukan mahram . Memang suami / isteri kita tak marah sebab tu artis tapi ianya tetap HARAM, jangan hanya kerana ada perkataan geraran artis. Anda menjulang tinggi kerana meminati dan taksunakan artis tersebut.

Isteri dan suami haruslah saling hormat-menghormati antara satu sama lain, jangan like atau komen status berlainan jantina jika status tersebut tidak memberi sebarang manfaat dan jangan juga berkongsi gambar yang terbuka aurat pada umum terutamanya di media sosial.

SUMBER

Baca Juga : Hukum Suami Enggan Membayar Hutang Hantaran Isteri

Post a Comment

Previous Post Next Post