Bila seorang wanita itu mendirikan rumahtangga, perkara utama yang dicarinya ialah kebahagiaan bersama suami dan anak-anak yang bakal dilahirkan hingga akhir hayatnya. Dalam merealisasikan impiannya, wanita itu telah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suaminya dengan harapan, suaminya akan setia dan berlaku jujur kepadanya hingga hujung nyawanya.
Jangan Sesekali Mencuba Menipu Isteri Credit Pic : SUMBER |
Tapi langit tidak lah selalu cerah hingga ke petang. Kadangkala suami mudah terpedaya dengan godaan wanita di luar sana hingga membuatkannya melanggar janji setia kepada isterinya. Mulalah sang suami menipu dan tidak jujur terhadap isterinya.
Jangan Sesekali Mencuba Menipu Isteri
Bila semuanya sudah terbongkar, bagi isteri yang mudah kalah dalam peperangan emosinya, perceraian adalah jalan penyelesaiannya. Tetapi bagi isteri yang kental, berfikiran waras dalam mengawal emosinya, mungkin kemaafan telah tersedia untuk si suami yang menipunya.
Tetapi tidak untuk KEPERCAYAAN lagi. Sekali ia dikhianati, ia akan hilang untuk selama-lamanya. Pada masa itu, walaupun si suami berada dalam keadaan yang benar, si isteri sukar untuk mempercayainya lagi akibat perbuatannya sendiri.
Isteri akan mula 'menyiasat' segala gerak geri si suami. Dan jika sekali lagi si suami ditangkap menipu si isteri, isteri akan berhenti 'menyiasat'. dan suami mungkin menyangkakan isterinya tak marah lagi. Tapi sangkaan itu salah sekali.
Jika berlaku situasi itu, maknanya isteri dah muak dengan tingkah laku dan perangai suami serta isteri tidak akan ambil peduli lagi dengan apa yang berlaku. Apa yang terlintas di fikirannya ialah menyusun strategi bagaimana untuk mengurangkan kebergantungan terhadap suami.
Dia perlu menyiapkan diri dari segi material, fizikal dan mental untuk berhadapan dengan apa sahaja kemungkinan yang berlaku kelak jika berlaku penceraian.
SUMBER
Baca Juga : Kesan Putus Cinta Pada Kesihatan
Post a Comment