Pernahkah anda, rakan-rakan anda mahupun ahli keluarga kehilangan sijil SPM atau sijil SPM rosak terkena cat? Anda tidak perlu bimbang kerana anda boleh membuat permohonan semula untuk mendapatkan semula sijil SPM anda tersebut. Disini akan ditunjukkan cara-cara untuk mendapatkan semula sijil SPM anda yang hilang.

Cara Memohon Sijil SPM Dan PMR Yang Hilang
Cara Memohon Sijil SPM Dan PMR Yang Hilang
Credit Pic : SUMBER

Pihak tuan/puan boleh mengisi borang permohonan ke Lembaga Peperiksaan untuk mendapatkan salinan sijil LCE, SRP ,PMR, MCE dan SPM tersebut. Permohonan salinan sijil yang hilang atau rosak boleh dibuat melalui 3 cara iaitu : 

Cara Memohon Sijil SPM Dan PMR Yang Hilang


Secara Terus ke LP

Pemohon boleh datang sendiri ke Kaunter Sijil yang terletak di lobi utama aras Bawah, Blok E11, LP Putrajaya, bayaran RM30.00 dengan membawa bersama-sama Kad Pengenalan dan salinan keputusan (jika ada).

Mewakili Pihak Ketiga (Ibubapa/suami/isteri dan adik beradik)

Sekiranya pemohon tidak dapat hadir, pemohon boleh mewakili permohonan Salinan Keputusan kepada pihak ketiga dengan syarat, pihak ketiga membawa bersama-sama salinan Kad Pengenalan pemohon, salinan keputusan (jika ada) dan surat wakil (boleh didapati di laman web LP) dan perlu ditandatangani oleh pemohon. Permohonan melalui orang perseorangan, agen atau syarikat tertentu tanpa Surat Pelantikan Wakil tidak dibenarkan sama sekali.

Permohonan Melalui Pos

Pemohon boleh membuat permohonan melalui dengan cara pos perlu mengisi dan menghantar Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1.06 (Borang boleh dimuat turun di laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia). Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan Kad Pengenalan hendaklah dipos ke alamat yang tertera di dalam laman web Lembaga Peperiksaan.

Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1/06 boleh didapati di kaunter sijil Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau boleh dimuat turun dari laman web LP di lp.moe.gov.my. Setiap permohonan salinan keputusan, akan dikenakan bayaran proses iaitu sebanyak RM30.00 . 

Bayaran boleh dibuat melalui secara tunai atau boleh menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Money (Money Order) atas nama "AKAUNTAN NEGARA". Cek persendirian tidak akan sesekali diterima.

Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Permohonan sijil peperiksaan melalui pos hendaklah dialamatkan kepada : 

PENGARAH PEPERIKSAAN
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 10, BLOK E 11, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

Download Di Sini : Borang Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan
Download Di Sini : Surat Perlantikan Wakil

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Unit Pensijilan, Lembaga Peperiksaan di talian 03-8884 3526/3528.

Baca Juga : Apa Itu Covid-19 Super Spreader Kluster Sivaganga?

Post a Comment

Previous Post Next Post