Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali hanyalah wajah dan dua telapak tangannya sahaja. Leher dan rambutnya juga adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai.
Cara Terbaik Untuk Wanita Yang Ingin Menutup Aurat Dengan Sempurna Credit Pic : SUMBER |
Cara awal bagi wanita yang baru nak belajar menutup aurat.
Cara Terbaik Untuk Wanita Yang Ingin Menutup Aurat Dengan Sempurna
1. Tukar gambar DP.
Ganti gambar DP yang tak tutup aurat.
2. Delete segala gambar yang menggoda.
3. Pakai tudung, handsock(sarung lengan), stokin ke mana mana saja. Jangan kisah apa orang nak kata. Pasang angan kita sedang mahu menuju ke Syurga.
4. Dekatkan diri dengan perkara baik. Minta nasihat dari ustazah, muslimah yang lain. Dengar ceramah, di you tube pun boleh. Join usrah dan lain lain.
5.Dekatkan diri pada yang Esa supaya ditetapkan hati. Tetapkan iman dalam perubahan ini. Berjaya untuk yang last ni? TAHNIAH !!
Moga istiqamah selamanya. Menjadi wanita solehah juga bukanlah suatu khayalan di tengah hari, bukan suatu angan-angan yang dimimpi- mimpi.
Layak atau tidak? Semuanya bergantung pada diri sendiri. Jika tiada USAHA, maka tidak usah mengharapkan bulan jatuh ke riba. Kita berserah sahaja pada Allah sama ada kita ini layak atau tidak untuk mendapat anugerah "wanita solehah". Kita yang perlu mencari.\
Hidayah tak datang dengan sendiri. Semoga istiqamah bakal bidadari bidadari syurga.
Bukan isu baik atau tak. Tapi Orang yang taat akan perintah Allah mesti akan menutup aurat dengan sempurna.
Pergelangan tangan itu dah aurat. Nak sinsing lengan baju tak salah tapi itu pun kalau anda lelaki. Nak selamat pakai sarung lengan.
Kaki pun aurat. Stokin tak wajib pun, tapi kaki tu aurat. Kalau nak pakai cardbox atau plastik sekali pun boleh sangat tapi cari warna yang agak gelap. Jangan yang lutsinar.
Tudung tu. Tak kisah anda nak pakai jenis yang macam mana pun. It's up to you. Tapi Allah suruh tutup dada kan? Apa salahnya anda labuhkan sampai ke bawah dada. Ini perintah Allah, bukan dari saya.
Saya tahu anda masih muda, nak bergaya, ikut fesyen. Saya pun perempuan. Faham. Ada rasa teringin itu ini. Tapi biarlah menutup aurat dengan sebaik-baiknya. Tak ketat, tak jarang, tak singkat. Islam tak larang kita nak berfesyen, asalkan syariat tidak diketepikan.
Maha Suci Allah.
Tepuk dada, tanya iman. Anda Islam, tudung labuh. Jubah. Pakaian ikut syariat tu bukannya untuk ustazah, atau aliran agama sahaja. Islam tu untuk SEMUA. Jangan pernah malu tunjukkan identiti Islam kita.
Maaf kalau terasa, saja pesan untuk kebaikan semua. Biar cantik pada pandangan Allah, indah dimata manusia.
SUMBER
Baca Juga : Amalan Yang Boleh Dilakukan Untuk Mendapatkan Zuriat
Post a Comment