Apa itu tathaiyur? Sebahagian orang mesti pernah melakukannya dan sebenarnya, bertathaiyur itu adalah benda syirik.

Pengertian Tathaiyur Dalam Islam Dan Contoh-Contoh Tathaiyur
Pengertian Tathaiyur Dalam Islam Dan Contoh-Contoh Tathaiyur
Credit Pic : SUMBER

Contoh-contoh Tathaiyur :

Pengertian Tathaiyur Dalam Islam Dan Contoh-Contoh Tathaiyur



– Tergigit lidah kononnya ada orang yang mengumpat pasal kita.
– Kupu-kupu masuk rumah kononnya akan ada orang yang nak datang rumah kita.
– Ambil gambar 3 orang kononnya salah seorangnya akan pendek umur. (hakikatnya semua orang akan meninggal dunia)… Dan ni antara yang femes…hahaha.
– Keluar rumah terlupa sesuatu kononnya jangan patah balik kerumah atau sesuatu musibah akan berlaku dekat kita.
– Rebus anak lesong, kononnya untuk tolak hujan.
– TIdak dapat merasa sesuatu makanan kononnya dengan jilat telapak jari supaya tidak kempunan.
– Diberak burung kononnya ada rezeki.
– Air minuman tumpah kononnya tiada rezeki.
– Sedang berbicara cicak berbunyi kononnya tanda perbualan itu benar.
– Menjamah sedikit makanan sebelum keluar rumah kononnya supaya tidak kempunan.
– Jumpa ular melintas di jalan, kononya ada sesuatu yang buruk berlaku pada hari itu.
– Mimpi berak, kononnya akan ditimpa sakit.

Kenapa dikatakan syirik? Jom baca.

عن ابن مسعود رضي الله عنه قال : قال رسول اللّه، صلى الله صلى الله عليه وسلم : الطيره شرك، الطيره شرك، وما منا الا ولكن يذهبه بالتوكل

“Dari Ibnu Mas’ud R.A berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Bertathaiyur itu syirik, bertathaiyur itu syirik, dan tiada diantara kita yang tidak terlibat dengannya kecuali akan dijauhkan oleh Allah dengan bertawakkal”.
(H/R Ahmad [3411] at-Tibb. Turmizi [1539] as-Sair)


Bahaya At-Tathayyur.

“At-Tathaiyyur” dapat meniadakan “At-Tauhid” dari dua sisi : 

1. Pelaku “At-Tathaiyyur” telah menghilangkan tawakkalnya kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, serta bersandar kepada selain daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Padahal Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah satu-satunya tempat untuk manusia bergantung. 

Sebagaimana disebutkan dalam surah Al-Ikhlas ayat ke-2 (yang ertinya) : 

اَللّٰهُ الصَّمَدُ‌ ۚ
Allah tempat meminta segala sesuatu.
[QS. Al-Ikhlas: Ayat 2]

Dan perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala :

فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيــــهِ
“Maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah (hanya) kepada-Nya.” (Hud: 123)

2. Pelaku “At-Tathaiyyur” sesungguhnya bergantung kepada sesuatu yang tidak ada hakikatnya, bahkan hal itu hanya sebuah dugaan dan khayalannya sahaja (yang tidak layak untuk dijadikan tempat bergantung)

Wallahualam. 

SUMBER

Baca Juga : Siapa Penghuni Bumi Sebelum Nabi Adam?

Post a Comment

Previous Post Next Post