Apakah hukumnya menundukkan kepala dan badan kerana memberi hormat kepada seseorang?
Hukum Berkenaan Tunduk Kepala Tanda Hormat Credit Pic : SUMBER |
JAWAPAN :
Hukum Berkenaan Tunduk Kepala Tanda Hormat
Hukum menundukkan kepala atau kepala serta badan kerana menunjukkan rasa hurmat kepada seorang hukumnya adalah harus menurut pandangan sebahagian ulamak.
Tersebut pada Kitab Ghiza Al-Albab :
وقدم في الآداب الكبرى عن أبي المعالي أن التحية بانحناء الظهر جائز وقيل هو سجود الملائكة لآدمغذاء الألباب في شرح منظومة الآدابArtinya : “Dan telah lalu sebutnya pada Kitab Adab Al-Kubra daripada Abi Al-Ma’ali sungguhnya penghurmatan dengan menundukkan belakang badan adalah harus. Dan kata setengah ulamak ialah sujudnya malaikat bagi Nabi Adam a.s.”
Akan tetapi jika sampai tunduknya itu kepada had rukuk maka berkata sebahagian ulamak dengan makruh.
Tersebut pada Kitab Fawakih Ad-Dawani Al-Malikiyyah :
وَأَفْتَى بَعْضُ الْعُلَمَاءِ بِجَوَازِ الِانْحِنَاءِ إذَا لَمْ يَصِلْ إلَى حَدِّ الرُّكُوعِ الشَّرْعِيِّArtinya : "Dan telah menfatwakan oleh sebahagian ulamak dengan harusnya menundukkan badan apabila tiada sampai ia kepada had rukuk pada syarak.”
Dan setengah ulamak mengharamkan tunduk hurmat sampai kepada had rukuk.
Telah berkata Imam Ibnu ‘Alan As-Syafie :
من البدع المحرمة الانحناء عند اللقاء بهيئة الركوعArtinya : “Setengah daripada bida’ah yang diharamkan ialah menundukkan badan ketika berjumpa dengan rupa rukuk.”
Dan telah berkata Syeikh Khatib As-Syarbini :
يكره حني الظهر مطلقا لكل أحد من الناس, وأما السجود له فحرام.Artinya : “Dimakruhkan tundukkan badan secara mutlak bagi setiap orang. Ada pun sujud baginya maka hukumnya haram.” (Kitab Mughni Al-Muhtaj)
Tersebut pada Kitab Muasu’atul Fiqhiyah :
قال العلماء: ما جرت به العادة من خفض الرأس والانحناء إلى حد لا يصل به إلى أقل الركوع - عند اللقاء - لا كفر به، ولا حرمة كذلك, لكن ينبغي كراهتArtinya : “Berkata ulamak apa yang berlaku dengannya pada adat dari menundukkan kepala dan menundukkan badan kepada had yang tidak sampai kepada sekurang-kurang rukuk ketika bertemu tiada kufur dengannya dan tiada haram akan tetapi tak dapat tidak dari makruhnya.”
KESIMPULAN
Harus hukumnya memberi penghurmatan kepada seorang ketika bertemu dengan cara menundukkan kepala atau menundukkan kepala serta badan di sisi sebahagian ulamak.Ada pun jika sampai tunduknya itu kepada had rukuk maka hukumnya adalah makruh di sisi sebahagian ulamak dan haram di sisi sebahagian yang lain.
Wallahua’lam
SUMBER - Ustaz Azhar Idrus
Baca Juga : Adakah Sah Solat Jika Pakaian Terkena Darah Nyamuk?
Post a Comment