Selepas selesai menunaikan solat, saya baru perasan nampak ada darah nyamuk pada baju. Soalan saya adakah sah solat saya dan kena ulang semula solat itu?

Adakah Sah Solat Jika Pakaian Terkena Darah Nyamuk?
Adakah Sah Solat Jika Pakaian Terkena Darah Nyamuk?
Credit Pic : SUMBER

JAWAPAN :

Seorang yang selesai dari solat kemudian mendapati ada darah nyamuk atau darah serangga lain pada badan atau pakaiannya maka jika banyak nescaya tidak sah solat yang dikerjakannya tadi maka wajib diulangi dengan membersihkan dahulu darah tersebut dari badan dan pakaiannya.

Adakah Sah Solat Jika Pakaian Terkena Darah Nyamuk?


Ada pun jika sedikit maka hukumnya yang paling kuat disisi ulamak mazhab ialah dimaafkan yaitu sah solat yang dikerjakannya tadi.

Berkata Imam Nawawi :
ولو أخذ قملة أو برغوثا وقتله في ثوبه أو بدنه أو بين أصبعيه فتلوثت به قال المتولي : إن كثر ذلك لم يعف عنه ، وإن كان قليلا فوجهان أصحهما يعفى عنه ، قال : ولو كان دم البراغيث في ثوب في كمه وصلى به أو بسطه وصلى عليه ، فإن كان كثيرا لم تصح صلاته ، وإن كان قليلا فوجهان 
Artinya : “Dan jikalau seorang membunuh kutu atau nyamuk pada pakaiannya atau badannya atau dicelah jari-jarinya lalu berlumur dengannya maka telah berkata Imam Al-Mutawali : Jika banyak darah itu nescaya tidak dimaaf darinya dan jika sedikit darah itu maka ada dua pendapat yaitu dimaafkannya menurut yang paling sahih. 

Dan begitu juga jika ada pada pakaian atau padan lengan baju darah nyamuk dan solat ia dengannya atau solat ia di atasnya sebagai hamparan maka jika darah itu banyak nescaya tidak sah solatnya dan jika sedikit maka dimaafkan menurut pendapat yang paling sahih.” (Kitab Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab)

KESIMPULAN

Jika selesai dari solat dan mendapati ada darah nyamuk pada pakaian atau pada badan maka jika darah itu sedikit maka hukumnya dimaafkan yaitu solatnya tadi adalah sah. Jika darah itu banyak maka solatnya tadi tidak sah.

Kadar sedikit atau banyak itu adalah menurut kebiasaan yaitu jika sekadar titisan kecil maka dikira sedikit dan jika besar sehingga disebut setompok maka dikira banyak.

Wallahua’lam 

SUMBER - Ustaz Azhar Idrus


Post a Comment

Previous Post Next Post