Saya seorang isteri yang bekerja dengan kerajaan dan saya amat suka kepada barang kemas. Soalan saya kalau saya hendak membeli barang kemas dengan duit saya sendiri adakah harus kerana suami saya selalu melarang saya berbelanja sedangkan saya tidak menggunakan duit suami saya jika membeli barang kemas. Suami saya memberi duit hanya untuk keperluan yang wajib.

Hukum Suami Melarang Isteri Membeli Perhiasan Sedangkan Duit Isteri
Hukum Suami Melarang Isteri Membeli Perhiasan Sedangkan Duit Isteri
Credit Pic : SUMBER

JAWAPAN :

Hukum Suami Melarang Isteri Membeli Perhiasan Sedangkan Duit Isteri


Seorang perempuan yang dewasa yang boleh mentadbir dirinya adalah bebas berbelanja dengan harta miliknya seperti membeli perhiasan dan kenderaan dan seumpamanya.
Suaminya tidak ada hak menghalang isteri berbelanja dengan wang isteri hanya suami berhak menasihati isterinya jika dilihatnya isterinya itu membazir  atau membeli perkara yang tidak bermenafaat.

Ada pun jika menggunakan wang suami maka suami ada hak untuk melarang atau menyekat isterinya berbelanja kepada perkara yang bukan wajib.

Berkata bekas mufti besar Negeri Mesir Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf :

للمرأة الرشيدة التصرف فى مالها كله ولا حقق لزوجها فيه. ذهب أبو حنيفة والشافعى وابن المنذر وأحمد فى إحدى الروايتين إلى أن للمرأة الرشيدة التصرف فى مالها كله بالتبرع والمعاوضة ولا حق لزوجها فيه، ولا يملك الحجر عليها فى تصرفها فيه كلا أو بعضا المفتي : حسنين محمد مخلوف.
Artinya : “Harus bagi orang perempuan yang boleh mengurus diri menguruskan hartanya sendiri sekeliannya dan suaminya tidak ada hak pada hartanya itu. Telah berjalan oleh ulamak mazhab Hanafi dan Syafie dan Imam Ibnu Munzir dan Imam Ahmad dalam satu riwayatnya kepada bahwasanya orang perempuan yang boleh mengurus diri itu boleh berbelanja pada hartanya sekeliannya seperti melakukan kebajikan dan berjual beli dan tiada hak bagi suaminya pada harta itu dan tidak memiliki kuasa menahan atas isterinya pada menguruskan hartanya sekelian sekali atau sebahagiannya.” (Darul Ifta Mesir)

KESIMPULAN

Isteri harus membeli apa sahaja yang dia mahu dengan duitnya sendiri dengan syarat perkara itu bukan perkara yang haram atau yang tidak berfaedah.

Suami tidak ada hak menyekat isterinya berbelanja dengan duit isteri seperti membeli kenderaan dan barang kemas atau lainnya tetapi suami boleh melarang isterinya dari memakai barang kemas dan perhiasan tersebut apabila keluar dari rumah.

Suami berhak menasihati isterinya dari membazir atau membeli perkara yang tidak berfaedah.

Wallahua’lam 

SUMBER - Ustaz Azhar Idrus

Baca Juga : Hukum Belajar Ilmu Agama Di Internet

Post a Comment

Previous Post Next Post