Ketika musim korban kadang-kadang kita dapat pemberian daging yang sangat banyak.
Soalan saya adakah harus dijual semula kepada penjual daging atau jiran-jiran kerana jika disimpan akan jadi terlalu lama untuk dimakan sedikit-sedikit?
Hukum Menjual Daging Korban Credit Pic : SUMBER |
JAWAPAN :
Hukum Menjual Daging Korban
Hukum menjual daging korban ada padanya perincian. Haram atas orang yang menerima sumbangan daging korban yang bukan faqir miskin menjual daging korban tersebut sekalipun tulangnya atau kulitnya tetapi harus jika dia bersedekah dengannya atau menghadiahkan kepada orang yang lain sekalipun orang yang menerima itu orang kaya.
Ada pun jika penerima sumbangan daging korban itu faqir miskin maka harus dia menjual daging korban yang disedekahkan kepadanya sesuka kehendaknya.
Berkata Imam Nawawi :
Artinya : “Dan telah sepakat segala nas Imam Syafie dan Ashab atas bahawa tidak harus menjual suatu dari sembelihan orang haji dan korban samada nazar atau sunat dan samada yang demikian itu dagingnya dan lemak dan tanduk dan bulu dan lainnya.” (Kitab Al-Majmu’)
واتفقت نصوص الشافعي والاصحاب على انه لا يجوز بيع شئ من الهدي والاضحية نذرا كان أو تطوعا سواء في ذلك اللحم والشحم والجلد والقرن والصوف وغيره
Berkata Syeikh Abdul Rahman Ba’lawi :
Artinya : “Dan harus bagi faqir miskin menguruskan daging korban yang diterimanya walau pun dengan umpama dijual kerana sudah dia milik apa yang diberikan kepadanya.
وللفقير التصرف في المأخوذ ولو بنحو بيع الْمُسْلَمِ لملكه ما يعطاه، بخلاف الغني فليس له نحو البيع بل له التصرف في المهدي له بنحو أكل وتصدق وضيافة ولو لغني، لأن غايته أنه كالمضحي نفسه، قاله في التحفة والنهاية
Bersalahan orang yang kaya maka tiada boleh dia jual bahkan harus baginya dia gunakan daging itu untuk dimakan dan bersedekah dan menjamu tetamu walau pun bagi orang kaya kerana sungguhnya orang kaya itu seumpama orang yang menjadi tuan korban.
Telah berkata akan dia didalam kitab Tuhfah dan Nihayah.” (Kitab Bughyah Al-Murtassyidin)
KESIMPULAN
Jika seorang itu mendapat sumbangan daging korban yang banyak maka jika dia bukanlah dari kalangan faqir miskin nescaya tidak harus dia menjual daging tersebut tetapi harus dia menghadiahkannya atau sedekahkannya kepada orang yang lain pula. Jika dia adalah faqir miskin maka harus dia menjual daging tersebut.
Wallahua’lam
SUMBER - Ustaz Azhar Idrus
Baca Juga : Adakah Sah Wuduk Jika Memakai Maskara?
Post a Comment