Apabila anda memandu siang hari, terutama ketika dibawah cahaya matahari yang terik, tiada siapa pun yang akan membuka tingkap kereta untuk mendapatkan angin luar. Tentunya penyaman udara (AC) akan dipasang pada suhu paling sejuk supaya selesa dan tidak berpeluh.

Sebab-Sebab Aircond Mudah Rosak Yang Perlu Anda Tahu
Sebab-Sebab Aircond Mudah Rosak Yang Perlu Anda Tahu
Credit Pic : SUMBER

Dalam situasi ini mungkin ada kalangan anda tidak sedar akan beberapa perkara kebiasaan yang dilakukan yang boleh menyebabkan penyaman udara anda mudah dan cepat rosak. 

Sebab-Sebab Aircond Mudah Rosak Yang Perlu Anda Tahu


Berikut kami senaraikan beberapa punca yang anda buat tanpa disedari :

1.  Selalu Merokok Di Dalam Kereta

Asap dan debu rokok berisiko menembus ke bahagian penapis dan ini boleh menyebabkan penapis anda menjadi cepat kotor. Akhirnya tahap kesejukan penyaman udara dalam kabin tidak sejuk.


2. Membuka Tingkap Terlalu Lama Ketika Aircond Di Hidupkan

Kebiasaan yang sering kita buat ialah membuka tingkap terlalu lama ketika penyaman udara dihidupkan.  Ini menyebabkan proses kerja kompresor terbeban untuk mendapatkan suhu kabin ideal, dan akhirnya membuat Aircond menjadi cepat rosak.


3. Pemilingan Pewangi Yang Salah

Lebih sesuai sekiranya anda menggunakan pewangi kereta jenis cecair. Pewangi jenis gel dapat berubah kepada gas dan berwap. Apabila terkena suhu sejuk, wap tersebut boleh kembali kepada bentuk gel. Ini berisiko menghalang penapis dan evaporator atau koil penyejuk (cooling coil) dalam aircond kereta anda.


4. Mematikan Enjin Kereta Ketika Aircond Masih Hidup

Keburukan tabiat kita yang selalu mematikan enjin ketika penyaman udara masih aktif ialah apabila mahu menghidupkan enjin. Penyaman udara akan terus bekerja secara automatik dan mengejut. Perlu diingatkan, bateri anda akan terbeban untuk bekerja keras ketika enjin baru dihidupkan. Disebabkan prestasi bateri tidak maksimum, arus elektrik yang terhasil menjadi kurang stabil dan ini mempengaruhi elektrik penyaman udara.


5. Kebersihan Kabin Tidak Di Jaga Dengan Bersih

Sampah dan kotoran yang terbiar bukan saja mengotorkan kabin dan meninggalkan debu, tetapi ianya  juga memberi kesan kepada penyaman udara anda. Debu dan habuk yang terhasil boleh masuk dan keluar dari penapis penyaman udara dan membuatkan komponen itu menjadi  mudah rosak.

Inilah beberapa kebiasaan buruk yang perlu dielakkan jika mahu penyaman udara kereta berfungsi baik dan tidak cepat rosak. Apabila sudah rosak tentu kos yang perlu dihabiskan menelan belanja ratusan hingga ribuan ringgit.

Sebab-Sebab Aircond Mudah Rosak Yang Perlu Anda Tahu
Sebab-Sebab Aircond Mudah Rosak Yang Perlu Anda Tahu


Semoga bermanfaat !!!



Post a Comment

Previous Post Next Post