Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 2 Muharam 1442H (Jumaat). Hari ni masuk office tenang saja, lapang fikiran. Maklumlah ramai yang bercuti hari ni. Kerja pun hari ni tak ada la bertimbun sangat. Banyak benda yang dah di settlekan awal. So, hari ni kita santai-santai sambil menaip artikel. 


Skop Tugas Sebenar Pembantu Laut A19
Skop Tugas Sebenar Pembantu Laut A19
Credit Pic : SUMBER

Ok..baiklah untuk artikel kali ni, saya nak kongsikan Skop Tugas Sebenar Pembantu Laut A19. Sebab-sebab jawatan Pembantu Laut A19 ini diwujudkan adalah untuk pengoperasian, penyelengaraan bot, pengawasan dan penyeliaan loji serta mesin di bawah Jabatan Laut Malaysia. 


Skop Tugas Sebenar Pembantu Laut A19


Apa kriteria yang diperlukan oleh seseorang dalam menjawat jawatan Pembantu Laut A19 ini? Jom kita baca kriteria di bawah :

  • Kreatif, tekun dan sabar
  • Berminat untuk tingkatkan ilmu pengetahuan di dalam industri perkapalan
  • Boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang berbeza seperti bertugas di luar kawasan pejabat
  • Mampu menunjukkan sikap kepimpinan yang baik
  • Boleh melaksanakan tugas yang diberikan dengan baik mengikut arahan ketua Jabatan 

Skop tugas Pembantu Laut A19 :

  1. Membantu dalam melaksanakan pembelian aset, bahan bakar dan perolehan berkaitan bot.
  2. Bertanggungjawab menguruskan stor dan aset.
  3. Mengurus dan melaksanakan kepatuhan dokumen-dokumen ISO Jabatan.
  4. Memastikan keselamatan penumpang sebelum, semasa dan selepas pelayaran mengikut Tatacara Keselamatan Pelayaran.
  5. Menyediakan urusan dokumentasi Pembantu Laut.
  6. Bertanggungjawab dalam mengendalikan bot
  7. Bertanggungjawab dalam penyelenggaraan dan inventori aset dan pelabuhan Jabatan.
  8. Membantu dalam pelaksanaan program latihan seperti penyediaan kemudahan latihan, alat bantuan mengajar, bahan cetak, penempatan dan pendaftaran perserta dan penceramah.
  9. Melaksanakan penyelenggaraan kecil ke atas alat bantuan mengajar seperti komponen bot penyelamat, bot kerja, bot keselamatan dan pelaksaan modul pembangunan latihan.

Sampai disini saja perkongsian kali ini, skop tugas ini akan berbeza mengikut keperluan Jabatan itu sendiri. Perkongsian ini adalah sekadar rujukan skop tugas bagi anda yang akan ke peringkat temuduga bagi Jawatan Pembantu Laut A19 ini. Untuk artikel seterusnya, saya akan kongsikan skop tugas Pembantu Makmal C19 di Jabatan Kerajaan. Akhir sekali, saya ucapkan Selamat Maju Jaya Buat Anda Semuaa !!! 


Post a Comment

Previous Post Next Post