Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca-pembaca. Semoga semuanya sihat-sihat belaka. Selepas sy baca kembali artikel sebelum ni, saya ada berjanji nak kongsikan Skop Tugas untuk Pembantu Makmal C19. Jadi Hari ini, saya akan kongsikan skop tugas Pembantu Makmal C19. Skop tugas ni khususnya untuk sekolah-sekolah juga boleh selitkan untuk di Jabatan lain selain sekolah mengikut skop tugas yang bersesuaian.

Skop Tugas Sebenar Pembantu Makmal C19
Skop Tugas Sebenar Pembantu Makmal C19
Credit Pic : SUMBER

Mesti ramai yang pernah dengar Pembantu Makmal ni kan? Dari zaman sekolah lagi ada makmal-makmal ni. Kan zaman sekolah ada sorang staff makmal yang akan sediakan alat-alat, atau bahan pembelajaran di makmal. Tujuan pewujudan jawatan ni ialah membantu guru dalam pengurusan makmal, peralatan dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran subjek-subjek sains dengan cekap dan berkesan. Tapi kan jawatan ni macam perempuan saja kan? Untuk pengetahuan semua, lelaki pon ada juga sebagai Pembantu Makmal C19 ni. Cumanya tak la ramai macam perempuan.

Skop Tugas Sebenar Pembantu Makmal C19


Skop tugas ni akan berbeza-beza mengikut keperluan Jabatan tersebut. Jom kita lihat skop tugas Pembantu Makmal C19 ni. Skop tugasnya adalah :


  • Membantu guru-guru sains membuat persediaan bagi kelancaran amali sains semasa Pnp.
  • Menjalankan tugas-tugas mengikut peraturan keselamatan makmal sains yang ditetapkan.
  • Mengenalpasti peralatan dan keperluan makmal sains yang diperlukan.
  • Menguruskan keperluan bahan bantu mengajar di makmal sains.
  • Memastikan makmal sains sentiasa dalam keadaan bersih, teratur dan ceria.
  • Menyelia kerja-kerja pembersihan yang tidak melibatkan bahan/radas seperti membersihkan tingkap/sawang/lampu/lantai yang dilaksanakan oleh pihak swasta.
  • Memastikan makmal sains dalam keadaan selamat dan kondusif.
  • Menerima dan menyimpan bahan atau sampel mengikut peraturan pengendalian.
  • Menyediakan keperluan amali sepertimana permohonan guru di borang pesanan amali.
  • Menguji dan memastikan peralatan boleh berfungsi dan selamat digunakan.
  • Membaiki kerosakan kecil pada peralatan sains.
  • Melaksanakan semua langkah keselamatan semasa mengendalikan bahan dan peralatan sains.
  • Memastikan keperluan amali yang disediakan sentiasa mencukupi, berfungsi dan selamat digunakan.
  • Membuat senarai barang, membandingkan beza sebutharga dari pembekal dan memastikan nota minta dicatitkan sebelum diluluskan oleh Pengarah.
  • Mengkategorikan serta melabel peralatan di makmal sains
  • Menguruskan aset dan stor makmal sains mengikut Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA), Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan (TPS).
  • Mengenalpasti peralatan yang rosak dan tidak ekonomik untuk dibaiki.
  • Mengumpul dan menyenaraikan maklumat peralatan dan bahan sisa yang dicadangkan untuk dilupuskan mengikut arahan dan pekeliling yang ditetapkan.
  • Memastikan bahan sisa kimia dan peralatan dikumpulkan sementara di stor bahan sisa atau stor pelupusan.
  • Menghubungi kontraktor bertauliah dalam menguruskan sisa  atau bahan kimia bagi mendapatkan sebutharga pelupusan.
  • Menguruskan pelupusan bahan sisa kimia secara berjadual dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Skop tugas ni lebih kepada di sekolah. Tetapi boleh juga digunakan di Jabatan lain sekiranya bersesuaian dengan skop tugas jabatan lain. Bagi saya jawatan ini menyeronokan. Anda bolehlah memohon jawatan ni di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) atau di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Untuk di artikel seterusnya saya akan kongsikan skop tugas sebenar Pembantu Penyediaan Makanan N19.


Post a Comment

Previous Post Next Post