Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca-pembaca sekalian. Disebabkan kesukaran anda untuk study exam online, saya dengan senang hati menaip semula kesemua soalan-soalan dan jawapan bagi memudahkan urusan anda dalam menghadapi Peperiksaan Exam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. 


Soalan Sebenar SPA Bagi Jawatan Penolong Juruaudit W29 Berserta Jawapan 2020
Soalan Sebenar SPA Bagi Jawatan Penolong Juruaudit W29 Berserta Jawapan 2020

Di sini saya nak maklumkan bahawa kesemua jawapan yang disediakan dalam artikel ini dikreditkan kepada meymey. Bukan jawapan dari saya mahupun admin lain. Saya hanya membantu menyusun semula soalan-soalan dan jawapan bagi memudahkan urusan anda. Ini adalah sebagai rujukan anda. Soalan-soalan ini adalah soalan sebenar dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.


Soalan Sebenar SPA Bagi Jawatan Penolong Juruaudit W29 Berserta Jawapan 2020

Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Bagi Jawatan Penolong Juruaudit W29

1. Seorang kontraktor mengambil masa 15 bulan untuk menyiapkan projek A dan 28 bulan diperlukan untuk menyiapkan projek B. Cari jumlah masa, dalam tahun dan bulan yang diambil untuk menyiapkan kedua-dua projek tersebut.
A) 1 tahun 1 bulan
B) 1 tahun 3 bulan
C) 2 tahun 4 bulan
D) 3 tahun 7 bulan 

=> 15 + 28 = 43
=> 43/12 = 3.58 (3 Tahun)
=> 0.58 x 12 = 7 Bulan


2. Puan Rina telah menerima tempahan kek cawan daripada Puan Rima, Puan Zahrin dan Puan Myn dengan nisbah tempahan 3:1:2. Sekiranya tempahan yang dibuat open Puan Myn adalah sebanyak 120 biji, hitung jumlah kek cawan yang ditempah oleh Puan Rima.
A) 60 biji
B) 180 biji
C) 240 biji
D) 360 biji

=> 3:1:2
=> (Myn) 120/2 = 60
=> (Rima) 60 x 3 = 180


3. Diberi 80 64 52 X. Berapakah nilai X?
A) 44
B) 46
C) 48
D) 50

=> 80 - 64 = 16
=> 64 - 56 = 8
=> 56 - 52 = 4
=> 52 - 50 = 2


4. Sebuah van dengan  kos RM38,000 telah dibeli pada 1 Januari 2007. Aset ini disusutnilaikan 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan. Kirakan belanja susut nilai untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.
A) RM2,770.20
B) RM3,078.00
C) RM3,420.00
D) RM3,800.00

=> (2007) 38,000 x 10% = 3800
=> (2008) 34,200 x 10% = 3420
=> (2009) 30,780 x 10& = 3078
=> (2010) 27,702 x 10% = 2770.20


5. Bilangan pegawai akaun di Unit Kewangan adalah separuh daripada pegawai akaun di Unit Akaun. Jika jumlah keseluruhan pegawai akaun ialah 54 orang, cari bilangan pegawai akaun di Unit Kewangan.
A) 9
B) 18
C) 27
D) 54

=> X + X + X = 54
=> 3X = 54
=> X = 54/3
=> X = 18
=> 3 x 18 = 36 Pegawai Akaun Di Unit Akaun
=> 36/2 = 18 Pegawai Akaun Di Unit Kewangan


6. Diberi jumlah jualan Syarikat Bumi Segar Sdn Bhd. bernilai RM457,303. Kos barang yang dijual berjumlah RM230,855 dan kos operasi berjumlah RM133,244. Kira untung kasar bagi firma ini.
A) RM93,204
B) RM226,448
C) RM324,059
D) RM457,303

=> Untung Kasar = Jualan - Kos
=> 457,303 - 230,855 = RM226,448


7. Syarikat Usaha Jaya Sdn Bhd telah membuat pembayaran Premium Insurans bagi tempoh setahun pada 1 Mei 2011 untuk melindungi premis perniagaannya berjumlah RM3,636. Tahun kewangan bagi syarikat ini adalah berakhir pada 30 Jun. Kira baki akaun Insurans terdahulu pada 30 Jun 2011.
A) RM606
B) RM1,515
C) RM1,818
D) RM3,030

=> 1/5/2011 - 30/4/2012 (Premium Insurans)
=> 3636/12 = 303/sebulan (Premium Insuras Perakaunan Semasa)
=> Tempoh : 1/5/2011 - 30/6/2011 = 2 Bulan (Extra 10 Bulan)
=> Insurans Terdahulu : 303 x 10 = 3030
=> Baki Insurans Terdahulu : 3636 - 3030 = 606


8. Syarikat Midah Sdn Bhd membuat pinjaman berjumlah RM100,000 dengan kadar faedah tahunan 4.8% pada 1 Julai 2015. Berapakah nilai faedah terakru pada 31 Disember 2015?
A) RM1,200
B) RM2,400
C) RM4,800
D) RM9,600

=> 100,000 x 4.8% = 4800
=> 4800 x 6/12 = 2400


9. Rekha membeli sepasang kasut dengan harga RM180. Adiknya membeli kasut yang sama semasa jualan mega dengan harga RM153. Berapakah peratus potongan harg kasut tersebut?
A) 15%
B) 18%
C) 24%
D) 27%

=> 180 - 153 = 27
=> 27/180 x 100 = 15%


10. Aina berumur 10 tahun. Umur bapanya adalah 4 kali ganda umur Zaidi. Zaidi iala abang Aina. Jumlah umur mereka adalah 70 tahun. Berapakah umur bapa Aina?
A) 22
B) 36
C) 40
D) 48

=> 70 - 10 = 60
=> 60/5 = 12
=> (Bapa) 12 x 4 = 48
=> (Aina) 10
=> (Abang) 12 
=> 48 + 10 + 12 = 70


11. Manakah antara berikut memberi nilai paling besar?
A) 20% daripada 3,000
B) 25% daripada 2,500
C) 40% daripada 1,500
D) 70% daripada 800

=> 25/100 x 2500 = 625


12. Terdapat 60 orang peserta dalam satu Kursus Penulisan Kaligrafi Islam yang melibatkan penglibatan dari 5 buah negara. 30% daripada mereka adalah peserta dari Indonesia, manakala 50% adalah peserta Malaysia. Jika dua pertiga dari baki peserta itu adalah dari Brunei, berapakah bilangan peserta dari Singapura?
A) 4
B) 8
C) 12
D) 16

=> 30% + 50% = 80%
=> 80% x 60 = 48
=> 60 - 48 = 12
=> 2/3 x 12 = 8
=> 12 - 8 = 4


13. Aizat membancuh 1 liter air kordial sarsi dengan menggunakan 6 botol air masak di mana setiap botol air masak tersebut mempunyai 750ml. Selepas air sarsi itu dibancuh, dia telah menghidangkan air itu di dalam gelas yang berisi padu 250 ml kepada empat orang tetamu. Jika baki air sarsi hendak diisikan ke dalam botol yang berisi padu 1,5 liter, berapakah bilangan botol yang diperlukannya?
A) 2
B) 3
C) 4
D) 5

=> 750/1000 = 0.75L
=> 0.75 x 6 = 4.5L
=> 4.5L + 1L sarsi = 5.5L
=> 250/1000 = 0.25
=> 0.25 x 4 = 1L
=> 5.5 - 1 = 4.5L
=> 4.5/1.5 = 3


14. Berat seguni beras ialah 50kg. Encik Maniam telah membungkus semula beras itu kepada 250 bungkusan kecil. Cari berat bungkusan beras tersebut?
A) 50g
B) 200g
C) 250g
D) 500g

=> 50/250 = 0.2kg
=> 0.2 x 1000 = 200g


15. Sebuah kilang bercadang untuk mengurangkan pekerja daripada 3,850 kepada 3,773 orang. Berapa peratuskah pekerja yang dikurangkan?
A) 2%
B) 3%
C) 4%
D) 5%

=> 3850 - 3773 = 77 
=> 77/3850 x 100 = 2%


16. Tiga orang pengembara bercadang untuk berpisah dan mengembara sendirian. Bersama mereka ada 21 botol air, 7 masih penuh, 7 tinggal separuh penuh dan 7 yang kosong. Mereka bercadang untuk membahagikan 21 botol tersebut secara adil sesama mereka. Bagaimanakah mereka boleh berbuat demikian?
A) Setiap pengembara mendapat 7 botol penuh
B) Setiap pengembara mendapat 7 botol berisi separuh
C) Setiap pengembara mendapat 3 botol penuh berisi penuh dan 1 botol berisi separuh 
D) Setiap pengembara mendapat 6 botol penuh dan 1 botol separuh penuh

=> 21 - 7 (kosong) = 14
=> (Separuh penuh) 7/2 = 3.5
=> (Penuh) 7
=> 7 + 3.5 = 10.5
=> 10.5/3 = 3.5 seorang


17. Dalam sebuah Jabatan yang mempunyai 1,500 orang pekerja, 12 orang pekerja tidak hadir bekerja setiap hari. Apakah kebarangkalian pekerja tidak hadir di Jabatan itu?
A) 1/125
B) 2/125
C) 3/125
D) 4/125

=> 12/1500 = 1/125


18. Di dalam Seksyen Akaun, Syarikat Wibawa Sdn Bhd, 1/4 daripada pekerjanya adalah Eksekutif Akaun dan 3/5 adalah Kerani Akaun. Berapakah perbezaan bilangan Kerani Akaun berbanding Eksekutif Akauntan sekiranya bilangan pekerja di seksyen itu adalah 20 orang?
A) 2
B) 5
C) 7
D) 9

=> 3/5 - 1/4 = 7/20
=> 7/20 x 20 = 7


19. Lim Kok Meng telah membuat pinjaman sebanyak RM60,000 pada bulan 1 Mac 2018. Sekiranya faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun, hitung faedah yang perlu dibayar oleh Lim Kok Meng sehingga 31 Disember 2018.
A) RM3,000
B) RM3,250
C) RM3,575
D) RM3,900

=> 6.5/12 = 0.5417
=> 0.5417/100 x 10 x 10 x 60,000 = 3250



Jika terdapat kesalahan ejaan soalan atau salah dalam pengiraan,anda boleh komen di ruangan bawah yang disediakan. Semoga ada lulus dalam menghadapi Exam SPA.

Baca Juga :  Soalan Sebenar SPA Bagi Latihan Separa Perubatan U29 Berserta Jawapan 2020

Post a Comment

Previous Post Next Post