Siapa kat sini yang rasa makan cili boleh memudaratkan kesihatan? Dalam tinjauan survey yang dilakukan Public Health Malaysia, majoriti (79%) berpendapat bahawa makanan pedas dapat memudaratkan kesihatan. Hanya 21% memilih ia baik untuk kesihatan.
Betul Ke Makanan Pedas Tidak Baik Untuk Kesihatan? Credit Pic : SUMBER |
Jawapan bagi persoalan ini adalah, makanan pedas yang mengandungi Capsaicin sebenarnya mempunyai manfaat dan baik untuk kesihatan.
Betul Ke Makanan Pedas Tidak Baik Untuk Kesihatan?
🌶 & Ulser Perut
Cili bukan sahaja boleh menghilangkan ulser (luka) diperut, malah ia juga berfungsi sebagai pelindung. Capsaicin boleh menyekat rembesan asid, merangsang alkali dan rembesan mukus serta melancarkan peredaran darah di dalam perut. Ini mampu melindungi lapisan dalam perut dari terluka.
🌶 & Buasir
Kajian menunjukkan cili tidak mempunyai kesan kepada masalah buasir. Akan tetapi sesiapa yang mempunyai luka di dubur perlu berhati hati kerana makanan pedas menyebabkan luka menjadi pedih.
KESAN MAKAN CILI SECARA BERLEBIHAN
Semua benda jika diambil secara berlebihan menyebabkan masalah...
🌶 Masalah Penghadaman
Walaupun seseorang itu tidak akan dapat ulser perut, tetapi cili boleh menyebabkan sakit perut pada sesetengah individu itu.
Ia boleh mengakibatkan ....
- - Irritable Bowel Syndrome
- - Makanan tidak hadam
- - Sakit perut.
Pada sesiapa yang sering mengalami sakit perut apabila makan makanan pedas, sila berhati hati.
🌶Mencederakan rongga mulut dan saluran pemakanan
Terdapat beberapa kes melibatkan peserta makan cili dan selebriti YouTube yang makan cili dalam kuantiti yang berlebihan. Peserta pertandingan itu muntah dengan dasyat sehingga menyebabkan esofagusnya terkoyak. Selebriti youtube itu pula tiba-tiba pengsan dan meracau sehingga perlu diberi bantuan kecemasan.
Kesimpulan
Walaupun pengambilan cili mempunyai manfaat kesihatan,jangan ambil dalam kuantiti yang terlalu banyak. Khasiat cili ini TIDAK termasuk produk makanan yang telah di proses seperti Sos Cili, serbuk perasa cili dan bahan proses lain yang tinggi garam. Owh ya, ayam goreng yang sedang viral itu pun juga termasuk bahan yang telah diproses.SUMBER
Baca Juga : Berjoging Pada Waktu Pagi Atau Petang, Yang Mana Lebih Baik Untuk Kesihatan?
Post a Comment