Patutlah kes Kluster Sivagangga merebak dengan pantas dari kluster kluster lain. Institut Penyelidikan Perubatan IMR telah mengesahkan mutasi jenis D614 telan dikesan untuk  kontak rapat kes Sivagangga dan juga 1 kes dari Ulu Tiram (Individu dari filipina).


Virus Covid-19 D614G Kluster Sivagangga 10 Kali Mudah Merebak Daripada Covid-19 Biasa
Virus Covid-19 D614G Kluster Sivagangga 10 Kali Mudah Merebak Daripada Covid-19 Biasa
Credit Pic : SUMBER

Virus ini telah terbukti 10 kali ganda lebih mudah menjangkiti individu lain jika di sebarkan oleh individu yang dijangkiti virus Superspreader ini.

Virus Covid-19 D614G Kluster Sivagangga 10 Kali Mudah Merebak Daripada Covid-19 Biasa


Untuk makluman anda semua, mutasi virus ini mungkin boleh menyebabkan vaksin sedia ada yang sedang dalam kajian dan pembangunan ini TIDAK BERKESAN terhadap virus mutasi ini. Tahniah diucapkan kepada para frontliners dan masyarakat yang terjejas di kawasan kluster yang terlibat. Kini kluster berkenaan telah berjaya dikawal dengan tiada pertambahan kes baharu di lokaliti terjejas.
.
Tuan puan, virus ini bijak, ia akan sentiasa bermutasi dan berubah struktur supaya ia dapat terus tersebar dikalangan manusia. Tetapi kita sebagai manusia perlu lebih bijak kerana kita tahu ada cara pencegahan untuk menghentikan penyebaran ini dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga kerajaan Malaysia. Selain itu, kita juga perlulah membantu frontliner kita dengan mematuhi arahan yang telah diberikan dengan menjaga kebersihan dan memakai topeng muka. 

Terdapat pelbagai jenis pelitup muka di pasaran tetapi tahap keberkesanannya juga berbeza. Pilihlah pelitup muka yang mengikut piawaian WHO, serta memastikan diri kita sentiasa dalam keadaan bersih bagi melindungi saluran penafasan kita. Orang tamai digalakkan membeli dan menggunakan pelitup muka tiga lapis bagi melindungi virus Covid-19 dengan berkesan. Pelitup muka tiga lapis wajib dipakai di tempat-tempat awam dan juga di dalam semua pengangkutan awam.

Jangan meletakkan pelitup muka di bawah dagu, lengan atau penyangkut di telinga ketika makan. Cara yang sebetulnya adalah simpan di dalam beg kertas atau di dalam plastik. Elakkan bersalaman atau bersentuhan dengan orang ramai. Orang ramai yang tidak memakai pelitup muka boleh di kompaun sebanyak RM1,000 dan boleh membuat rayuan bagi mengurangkan kompaun tersebut. Orang ramai digesa untuk bersama-sama mencegah covid-19 ini. Lindungi keluarga anda dengan sentiasa memantau status kesihatan diri dan keluarga. Jangan lalai atau terlalu selesa dalam usaha memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19 ini.




Post a Comment

Previous Post Next Post