Media antarabangsa melaporkan bahawa Rusia mengumukan telah mendaftarkan vaksin COVID-19, biarpun terdapat gesaan supaya tidak berbuat demikian sehingga ujian klinikal selesai.

Benarkah Rusia Telah Menjumpai Vaksin Covid-19 Pertama Di Dunia?
Benarkah Rusia Telah Menjumpai Vaksin Covid-19 Pertama Di Dunia?

Menurut Moscow Times, Presiden Vladimir Putin mengumumkan vaksin berkenaan telah didaftar manakala pengeluaran besar-besaran dijangka bermula pada September ini, diteruskan dengan pemvaksinan berskala besar pada Oktober.

Benarkah Rusia Telah Menjumpai Vaksin Covid-19 Pertama Di Dunia?


Isnin lalu, Persatuan Organisasi Ujian Klinikal (ACTO) menggesa kerajaan agar menjalankan lebih banyak ujian klinikal sebelum pendaftaran vaksin.

Rusia Telah Mendaftar Vaksin Covid-19 

Pun begitu, gesaan itu diketepikan Timbalan Ketua Pengawas Kesihatan, Perkhidmatan Persekutuan untuk Pengawasan dalam Penjagaan Kesihatan (Roszdravnadzor), Valentina Kosenko yang mendakwa vaksin tersebut tidak menyebabkan kesan sampingan yang serius.
“ACTO terus membuat kesimpulan tanpa mengetahui keputusannya. Ratusan sukarelawan telah divaksin dengan vaksin ini dan tiada reaksi sampingan yang serius,” kata Kosenko seperti dilapor Moscow Times.
Minggu lalu, institut penyelidikan kendalian kerajaan Rusia, Gamaleya dilapor telah menjalankan percubaan fasa ketiga vaksin COVID-19 melibatkan ribuan sukarelawan.

Ketua Jabatan Kawalan Kualiti Roszdravnadzor, Sergei Glagolev pula berkata, pengesahan makmal mengenai vaksin bakal dilaksanakan selepas pendaftaran dan semasa percubaan akhir vaksin berkenaan.
“Mendaftar ubatan ketika fasa awal kajian klinikal adalah boleh diterima. Skim yang serupa wujud di Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat,” kata Glagolev.
“Ketika pandemik, negara-negara membenarkan (penggunaan) ubat-ubatan tanpa percubaan rawak, tapi ini berbeza dengan vaksin Gamaleya. Dalam kes ini, kita berbicara tentang kemasukan awal (vaksin) ke pasaran di bawah keadaan yang dikawal ketat,” katanya.

Vaksin Gamaleya merupakan vaksin vektor yang dibangunkan menggunakan virus lain untuk membawa DNA yang mengekod tindak balas imun diperlukan ke dalam sel. Ia dilapor dibangunkan menggunakan adenovirus, iaitu kumpulan virus yang menyebabkan beberapa penyakit seperti selesema, sakit tekak dan pneumonia.

Sebelum ini, Rusia dilaporkan menawarkan bekalan vaksin kepada negara Filipina. Tawaran itu kemudiannya dipersetujui Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang menawarkan dirinya sebagai subjek pertama eksperimen di sana.

“Saya akan sukarela membawanya ke khalayak. Saya akan jadi yang pertama diuji,” katanya seperti dilapor Nikkei Asian Review.
SUMBER

Baca Juga : Apa Itu Covid-19 Super Spreader Kluster Sivaganga?

Post a Comment

Previous Post Next Post