Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca-pembaca semua. Sebelum saya ingin ke episod seterusnya, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2020 kepada semua rakyat Malaysia. Saya juga ingin memperingatkan pada semua rakyat Malaysia tentang mesej Majlis Keselamatan Negara iaitu amalkan disiplin kendiri di tempat kerja. Elak aktiviti berkumpulan. Amal penjarakan fizikal serta pakai pelitup muka yang bersesuaian dan mandi sejurus pulang ke rumah.


Skop Tugas Sebenar Penolong Akauntan W29
Skop Tugas Sebenar Penolong Akauntan W29
Credit Pic : SUMBER

Untuk kali ini, saya akan kongsikan skop tugas Penolong Akauntan Gred W29. Mungkin ramai yang tahu, sebut saja akauntan mesti terbayang-bayang digit dan angka kan? Jadi kenapa jawatan ini diwujudkan? So, Jawatan ini diwujudkan adalah untuk memantau, memproses dan mengakaunkan semua jenis bayaran dan terimaan bagi memastikan semua bil tuntutan dibayar tidak lewat dari 14 hari dari tarikh terima bil tuntutan yang lengkap dan sempurna.


Skop Tugas Sebenar Penolong Akauntan W29


Skop tugas ini akan berbeza mengikut keperluan sesuatu jabatan itu. Jom kita lihat skop tugas tersebut : 

- Menyemak dan memperakukan bayaran tuntutan perjalanan dalam dan luar negari (TNT), tuntutan elaun perpindahan atau pertukaran, elaun lebih masa (OT), elaun penceramah dan yuran pengajian atau kursus.

- Menyemak dalam proses pembayaran Perolehan.

- Menyemak dan memperakukan terimaan dan resit rasmi.

- Memperakukan penyata pemungut sebelum memasukan terimaan ke bank.

- Menyediakan Laporan Pretasi Pembayaran Bil, Laporan Pretasi Pembayaran AP58, Laporan Tanggungan Belum Selesai (TBS) Pesanan Tempatan.

- Membuat perakuan 1 bagi kesemua baucer bayaran.

- Mengatur tarikh mesyuarat seperti yang dirancang serta menyediakan maklumbalas dan minit mesyuarat JPKA.


Orang yang menjawat jawatan ini perlulah seseorang yang : 

- berkemahiran menggunakan perisian komputer dengan baik.

- berkemahiran dalam komunikasi yang baik.

- boleh bekerjasama dalam kumpulan serta dapat mengikut arahan dan peraturan yang diberikan dengan baik.

* Jika anda berpengalaman dalam bidang pengurusan kewangan adalah lebih baik dan satu kelebihan buat diri anda.
# Yang x ada pengalaman pun tiada masalah, janji anda mahu belajar sesuatu yang baru dan rajin bertanya jika tidak tahu.



Skop Tugas Sebenar Penolong Akauntan W29

Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan KLIK DISINI <


Untuk tahu dengan lebih lanjut berkenaan skop tugas tersebut, anda juga boleh merujuk kepada orang yang sedang menjawat jawatan sebagai Penolong Akauntan W29 itu sendiri di mana-mana jabatan kerajaan yang mempunyai jawatan Penolong Akauntan W29.. 

Sampai disitu sahaja artikel untuk kali ini, jika ada sebarang penambahbaikan bolehlah komen di bawah selepas artikel ini. 

Baca Juga : Pengalaman Temuduga Penolong Pengawai Perubatan u29 SPA

Post a Comment

Previous Post Next Post