Tik Tok adalah salah satu aplikasi yang memberikan special effects yang unik dan menarik. Ianya dapat digunakan oleh penggunanya dengan mudah sehingga dapat membuat video pendek yang amat menarik serta dapat dikongsikan kepada kawan-kawan di media sosial.
Hukum Berkenaan Menari Tik ToK Credit Pic : SUMBER |
Aplikasi sosial video pendek ini memiliki sokongan muzik pendek yang pelbagai pilihan sehingga penggunanya dapat melakukan editing video dengan tarian, gaya bebas, dan masih banyak lagi sehingga mendorong kreativiti penggunanya menjadi video yang menarik.
Apa ItuTik Tok?
Apa hukumnya kegilaan anak-anak muda zaman sekarang dengan aplikasi ‘tiktok’ dimana mereka tanpa segan silu menunjukkan gaya menari samada lelaki dan perempuan ditayangkan kepada umum?
Hukum Berkenaan Menari Tik ToK
JAWAPAN :
Menari dikhalayak ramai tanpa ada perbuatan yang haram hukumnya adalah makruh dan terhitung sebagai perbuatan yang menunjukkan kekurangan dan kebodohan.
Jika ada ketika menari itu suatu yang haram seperti nampak aurat atau berpakaian ketat atau seksi atau gerakkan yang lucah atau keji maka hukumnya adalah haram dan pelakuan menari pada saat ini adalah maksiat dan yang melihatnya dikira melihat perkara maksiat.
Tersebut pada Kitab Al-Mausu’atul FIqhiyah :
فَذَهَبَ الْحَنَفِيَّةُ وَالْمَالِكِيَّةُ وَالْحَنَابِلَةُ وَالْقَفَّال مِنَ الشَّافِعِيَّةِ إِلَى كَرَاهَةِ الرَّقْصِ مُعَلِّلِينَ ذَلِكَ بِأَنَّ فِعْلَهُ دَنَاءَةٌ وَسَفَهٌ، وَأَنَّهُ مِنْ مُسْقِطَاتِ الْمُرُوءَةِ، وَأَنَّهُ مِنَ اللَّهْوِ.وَهَذَا كُلُّهُ مَا لَمْ يَصْحَبِ الرَّقْصَ أَمْرٌ مُحَرَّمٌ كَشُرْبِ الْخَمْرِ، أَوْ كَشْفِ الْعَوْرَةِ وَنَحْوِهِمَا، فَيَحْرُمُ اتِّفَاقًا
Artinya : “Maka ulamak mazhab Hanafi dan Maliki dan Hanbali dan Al-Qaffal dari mazhab Syafie berpendapat menari adalah makruh dan berdalil dengan bahawa kerana pelakunya itu kurang dan bodoh dan menari itu setengah dari perbuatan yang menjatuhkan maruah dan sungguhnya ia termasuk perbuatan sia-sia.
Dan hukum makruh ini ialah selama tidak disertai suatu yang haram seperti arak dan terbuka aurat dan umpamanya maka jika ada yang tersebut itu maka haram menari dengan sepakat ulamak.”
Kesimpulan
Perempuan menunjukkan tariannya kepada lelaki yang ajnabi dalam keadaan berpakaian seksi atau mendedahkan sebahgaian aurat atau dengan gaya yang tidak tergamak melihatnya oleh orang yang waras adalah perbuatan yang haram lagi maksiat yang menunjukkan pelakunya tidak sempurna lagi bodoh.Wallahua’lam
SUMBER - Ustaz Azhar Idrus
Baca Juga : Adakah Perlu Berkahwin Semula Jika Sepasang Suami Isteri Baru Memeluk Islam?
Post a Comment