BPN 2.0 adalah peruntukan bantuan tambahan yang disediakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional kepada golongan berpendapatan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 ini .
Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatian Nasional (BPN) Fasa 2.0
Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa 2.0 Credit Pic : SUMBER |
1. Pemberian Bantuan Prihatin Nasional 2.0 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Prihatin Nasional 2020 (B40 dan M40) yang merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskan sebelum ini.
2. Siapakah yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0?
Penerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0 adalah penerima yang telah menerima bayaran terakhir Bantuan Prihatin Nasional 2020 sebelum ini.
3. Adakah saya perlu membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0?
Anda tidak perlu memohon Bantuan Prihatin Nasional 2.0 sekiranya telah menerima bayaran terakhir Bantuan Prihatin Nasional 2020 sebelum ini.
4. Adakah permohonan baharu boleh dibuat sekiranya nama tidak disenarai sebagai
penerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0?
Permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional 2.0 boleh dibuat mulai 15 Oktober 2020 – 15 November 2020 (1 bulan).
PEMBAYARAN Bantuan Prihatin Nasional 2.0
5. Berapakah bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang akan diterima?
Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut :
6. Bilakah tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 akan dibuat?
Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 adalah seperti berikut :
i. Fasa Pertama – penghujung Oktober 2020
ii. Fasa Kedua – Januari 2021
7. Bagaimanakah kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 ini dilaksanakan?
Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 adalah seperti kaedah pembayaran terakhir Bantuan Prihatin Nasional 2020 sebelum ini :
Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa 2.0 |
8. Bagaimanakah kaedah pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 bagi penerima pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak?
Kaedah pembayaran bagi penerima kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak
yang tiada akaun bank akan bermula bulan Januari 2021 dan bayaran dibuat secara
penuh melalui pihak Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Perbendaharaan Malaysia
Sarawak.
9. Bolehkah saya membuat kemaskini maklumat diri seperti akaun bank yang
telah tidak aktif?
Kemas kini maklumat akaun bank tidak dibenarkan kerana kaedah pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 adalah seperti kaedah pembayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini (Rujuk Jawapan bagi Soalan 7).
10. Sekiranya bayaran dibuat ke akaun bank yang tidak aktif atau salah, apakah yang
perlu saya lakukan?
Tuntutan boleh dibuat secara tunai di Cawangan BSN setelah nombor siri wujud pada
paparan semakan. Semakan boleh dibuat pada portal rasmi BPN : https://bpn.hasil.gov.my. Penerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0 perlu memastikan data akaun bank adalah tepat bagi memastikan pembayaran dapat disalurkan ke akaun yang betul.
SEMAKAN STATUS
11. Bila dan bagaimana semakan status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 boleh dibuat?Penerima BPN sebelum ini (sedia ada) yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0 boleh membuat semakan status mulai 15 Oktober 2020 di website rasmi Bantuan Prihatin Nasional iaitu https://bpn.hasil.gov.my.
12. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terlupa kata laluan semasa log masuk Portal BPN dan gagal menjawab soalan keselamatan yang diminta?
Pemohon perlu menunggu 10 minit untuk mencuba semula menjawab soalan keselamatan. Jika masih terlupa pemohon diminta untuk menghubungi talian LHDNM, Hasil Care Line (HCL) di talian 03- 89111000 (bagi tindakan set semula akaun dan soalan keselamatan) atau hubungi Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran.
HAL-HAL LAIN
13. Berdasarkan semakan, saya telah lulus sebagai penerima M40 semasa Bantuan Prihatin Nasional 2020. Bolehkah saya merayu untuk menerima bayaran sebagai penerima B40 bagi Bantuan Prihatin Nasional 2.0?
Kategori kelayakan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 adalah berdasarkan kelulusan terakhir BPN 2020.
14. Saya adalah penerima Bantuan Prihatin Nasional 2020 di bawah kategori Bujang dan telah berkahwin. Adakah saya layak untuk menerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0 kategori isi rumah?
Anda boleh mengemukakan permohonan baharu atau rayuan mulai 15 Oktober 2020 dibawah kategori Isi Rumah sekiranya menepati syarat kelayakan.
15. Saya adalah pasangan kepada penerima Bantuan Prihatin Nasional 2020 sebelum ini di bawah kategori Isi Rumah dan telah bercerai. Adakah saya layak untuk menerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0 kategori ibu / bapa tunggal?
Anda boleh mengemukakan permohonan baharu atau rayuan mulai 15 Oktober 2020 kategori
ibu / bapa tunggal sekiranya menepati syarat kelayakan.
16. Saya merupakan bujang yang akan memasuki umur 21 tahun pada tahun 2021.
Sekiranya saya belum cukup umur 21 tahun semasa permohonan dibuka, adakah
saya layak memohon?
Pemohon yang layak memohon adalah pemohon yang lahir pada tahun 1999 dan ke
bawah.
17. Saya telah menerima bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020 sebelum ini dan ingin menolak Bantuan Prihatin Nasional 2.0. Bagaimanakah cara untuk memulangkan bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang diterima?
Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut :
i. Anda dinasihatkan mengemukakan surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia
dengan menyatakan nama penuh, nombor MyKad dan sebab pemulangan;
ii. Lampirkan draf bank / cek atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah
pemulangan); dan
iii. Surat dan draf bank / cek perlu dikemukakan kepada pihak Kementerian
Kewangan Malaysia di alamat berikut :
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2, 62592 Putrajaya.
Kemaskini: 24 September 2020
Baca Juga : Mengapa Perlu Dikuarantin Selama 14 Hari?
Post a Comment