i-Sinar merupakan saluran tambahan untuk Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terkesan dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka bagi meneruskan kelangsungan hidup.
Cara Semak Status Permohonan i-Sinar KWSP 2021 Credit Pic : SUMBER |
Kriteria kelayakan terbahagi kepada 2 kategori iaitu :
Cara Semak Status Permohonan i-Sinar KWSP 2021
Kategori 1
- Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun
- Anda sudah lama tidak mencarum
- Anda seorang suri rumah
- Anda bekerja sendiri
- Anda hilang pekerjaan
- Anda diberi cuti tanpa gaji
- Anda hilang sumber pendapatan
Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan. Kelulusan permohnan dibuat secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP :
- Tiada sebarang caruman KWSP sekurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
- Terdapat potongan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.
Kategori 2
Bagi anda yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami potongan pendapatan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.
Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut :
- Slip gaji sebelum dan selepas potongan pendapatan; DAN
- Notis pemberhentian kerja atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
- Jika dokumen-dokumen di atas tidak dapat dikemukakan, apa jua sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan boleh diberi pertimbangan.
Sekiranya anda dalam Kategori 1, anda boleh mula membuat permohonan pada 21 Disember 2020. Bagi anda yang dalam Kategori 2 pula, anda boleh memohon bermula 11 Januari 2021. Permohonan i-Sinar hanya dibuat secara online di laman web rasmi KWSP isinar.kwsp.gov.my
Bagi melancarkan urusan permohonan anda nanti, anda perlu mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau di kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran :
- Masih aktif
- Milik anda
- Bukan Akaun Bersama (Joint Account)
Nota :
Pastikan segala urusan daftar nombor telefon bimbit anda di kios atau di mana-mana cawangan KWSP dirancang dengan sebaik mungkin.
KWSP sentiasa mengutamakan SOP yang ketat sepanjang tempoh pandemik ini sebagai langkah-langkah pengahan yang penting untuk menjaga kesihatan dan keselamatan ahli.
Post a Comment