8 jenis rumah sebagai rujukan untuk anda membeli rumah kelak. Artikel ini dikongsikan oleh Saudara Azizul Azli Ahmad di laman facebook beliau.
8 Jenis Kediaman Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Rumah Credit Pic : SUMBER |
8 Jenis Kediaman Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Rumah
1. RUMAH FLAT
Keluasan antara 400-900 kaki persegi. Kebiasaannya tak ada kemudahan kecuali taman permainan kanak-kanak dan juga tempat letak kenderaan. Rumah bagi pekerja bawahan. Harga sekitar RM25,000 hingga RM150,000. Adakalanya tiada lift.
2. PANGSAPURI, APARTMENT.
Keluasan sekitar 500-1200 kaki persegi. Mempunyai kemudahan lebih baik dari segi kawalan keselamatan, lift, kedai, ruang aktiviti, tempat letak kereta. Terdapat bayaran pengurusan. Harga antara RM200,000 hingga RM350,000 kebiasaannya.
3. KONDOMINIUM
Keluasan sekitar 650-1500 kaki persegi dengan jumlah unit lebih terhad serta privasi. Terdapat lebih banyak kemudahan seperti kawalan keselamatan secara berperingkat, gym dan sauna. Biasanya juga disediakan kolam renang.
Kondominium mewah yang harganya boleh lebih sejuta dengan keluasan lebih 2000 kaki keatas. Harga antara RM400,000 hingga RM850,000.
4. SOHO, SERVICE APARTMENT.
Keluasan sekitar 400-1200kaki persegi. Terdapat banyak kemudahan dan biasanya dilengkapi dengan perabot sekali. Ianya lebih mahal berbanding unit strata yang lain kerana unit ini dibina atas tanah komersial.
Terdapat pelbagai kemudahan dan gaya hidup yang mewah serta luar biasa disekitarnya. Lokasi biasanya ditengah pusat Bandar. Harga antara RM350,000 hingga RM900,000. Bayaran selenggara dan cukai lebih tinggi.
5. RUMAH TERES
Keluasan kediaman antara 750-1400 kaki persegi. Ia merupakan link house yang berkongsi dinding dengan jiran sebelah. Kediaman jenis ini paling popular. Terdapat unit setingkat dan dua tingkat. Kediaman jenis ini majoritinya masih ramai yang mampu dibeli diluar bandar.
Di Kuala Lumpur kediaman jenis ini agak mahal. Harga diluar bandar sekitar RM175,000 hingga RM350,000. Di bandar besar harganya pula bermula dari RM450,000 hingga RM1.2 juta seunit.
6. TOWN HOUSE
Keluasan sekitar 550-1200 kaki persegi. Kebiasaannya dibina dibandar besar. Kediaman ini berkongsi lot tanah yang sama tetapi ada dua rumah. Satu dibawah dan satu diatas.
Terdapat tangga disisi rumah untuk penghuni atas. Harga antara RM350,000-500,000 bergantung lokasi dan kemudahan yang ada di sekitarnya.
7. SEMI-D
Keluasan antara 2300-4500 kaki persegi. Berkongsi ruang tengah dengan rumah sebelahnya.
Semi D ini ada sedikit tanah dibahagian tepi rumah antara 5-10 kaki luas bergantung kepada kawasan juga. Harganya pula anggaran antara RM450,000 hingga sejuta lebih pun ada bergantung pada lokasi kediaman.
8. BUNGLOW
Keluasan antara 2500 hingga 12,000 kaki persegi. Rumah ini biasanya diminati oleh golongan bersara.
Luas dan bakal mertua sangat suka. Terdapat ruang yang privasi dan tak kongsi dengan sesiapa. Harga pula bermula dari harga RM500,000 hinggya berjuta juta.
Pilih rumah berdasarkan kemampuan kewangan kita. Jangan beli sampai kita terseksa pula dalam membayar hutang rumah ini.
SUMBER - Azizul Azli Ahmad
Post a Comment